Realtime website trackingweb stats

Ini 5 kereta yang orang perempuan tak sesuai pakai

Oleh NURAIMAN

Seorang TikTokers menyenaraikan 5 kereta yang orang perempuan tak sesuai pakai.

Bagaimanapun Nazz Abdullah tidak menghuraikan mengapa kesemua kereta yang disebutkannya itu tidak sesuai dengan kaum Hawa.

Menerusi TikTok, dia hanya secara umum menyebut faktor saiz kenderaan itu yang dianggapnya tidak sesuai dengan golongan wanita.

Berikut 5 kereta yang bagi Nazz Abdullah tidak patut perempuan miliki:

  • Perodua Bezza
  • Mazda 2 Sedan
  • Proton X90
  • Toyota Innova
  • Honda Accord

Rata-rata kaum Hawa dilihat melenting dan mempersoal kewajaran penentuan senarai tersebut.

Ini 5 kereta yang orang perempuan tak sesuai pakai

Paling ketara ramai pemandu wanita mengaku mereka selesa saja memandu Perodua Bezza ditambah dengan ruang dalaman kereta jenis itu yang selesa dan luas.

“Alah, beli pakai duit kau sendiri suka hati kau lah nak beli pakai kereta apapun. Tak payah nak ikut cakap orang.

“Abaikan! Saya pakai Bezza and sumpah selesa dan luas! Jangan dengar apa orang cakap sebab tu duit kita. Kalau duit bapak sekalipun tak kacau hidup orang.

“Bezza lah orang perempuan sesuai pakai. Enjin pun senyap je. Jimat minyak. Bonet besar nak pergi mana-mana satu almari boleh masuk,” demikian komentar dan seloroh kaum Hawa.

Dalam masa sama, ada perempuan turut bersetuju apabila Honda Accord masuk dalam senarai tersebut.

“Honda Accord memang nampak macam orang tua. Saya pun sebut, tu kereta tok haji pakai,” seloroh Siti Dalila Arpan.

@nazzabdullah 5 kereta Perempuan tak sesuai pakai #budakkereta #carreviewtiktok #jawabkomen #howtotiktok #perempuan #keretaperempuan ♬ original sound – Nazz Abdullah

Baca:

Gempar! Belum reda dengan Ruhainies, wanita ini pula dedah kronologi cinta dengan Aliff Aziz

Budak lain tengok kartun dalam YouTube, dia layan kisah hidup jutawan dan bilionaire

Selepas ‘meteorit’, jenama ini reka beg tangan 99% udara, ramai anggap Air Swipe Bag mengarut