Budak lain tengok kartun dalam YouTube, dia layan kisah hidup jutawan dan bilionaire

Oleh ABDULLAH HAMID

Sudah-sudahlah biar anak anda yang masih kecil itu layan kartun atau ‘content’ tak berguna yang lain dalam YouTube dari pagi sampai ke tengah malam.

Anak muda bernama Munashraf Munawar yang sudah bergelar jutawan di usia 19 tahun​ ini rupanya sejak budak lagi berminat menonton kisah hidup jutawan dan bilionaire.

Lebih membanggakan dan patut menjadi contoh pelajar sekolah ialah pemuda berusia 23 tahun ini sedang melanjutkan pengajian di peringkat undang-undang walaupun sudah bergelar jutawan.

“Saya sejak kecil kalau orang lain tengok kartun di YouTube, saya akan tonton kehidupan jutawan dan bilionaire.

“Saya mahu memahami nak jadi ahli perniagaan macam mana.

Budak lain tengok kartun dalam YouTube, dia layan kisah hidup jutawan dan bilionaire

“Mereka bukan hanya dalam satu jenis industri saja. Mereka meneroka setiap bidang tetapi bukan semua industri yang mereka sertai berjaya.

“Ada yang cuba dalam bidang industri makanan dan minuman (F&B) tapi gagal. Sebaliknya, berjaya dalam sektor hartanah,” katanya dalam wawancara eksklusif NST TV baru-baru ini.

Syarikatnya yang mengeluarkan makanan dan makanan tambahan haiwan jenama Biovet dianggarkan bernilai RM26 juta dengan menggaji hampir 200 orang.

Semangat keusahawanannya bermula pada usia 15 tahun lagi dengan menjadi ejen produk.

“Saya ada jual terus, menjaja balang coklat di tepi jalan.

“Saya juga menjadi ejen ‘kerepek’ dan keju keropok. Apa-apa yang ada untuk dijual, saya jual,” katanya.

Ketika itu, beliau memulakan perniagaan dropship yang menjual kasut yang diimport dari China.

“Saya menggunakan media sosial untuk menjual kasut itu, baik kepada rakan dan orang ramai. Saya untung antara RM10 dan RM15 sepasang kasut,” katanya.

Ternyata seorang yang mengutamakan pendidikan walaupun sudah tahu cara mengaut duit yang banyak, Munashraf memperlahankan perniagaannya pada usia 17 tahun.

Beliau memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ceritanya, ketika rakan-rakan keluar berseronok, dia giat mencari jalan untuk memajukan diri dalam perniagaan.

“Saya belajar cara melakukan pemasaran, jualan dan penutupan. Saya mencari syarikat yang boleh saya jadikan ejen,” katanya.

Beliau berkata selepas menubuhkan beberapa perniagaan yang pada mulanya menjanjikan, dia tidak dapat meningkatkannya lagi.

Kucing jadi idea

Idea untuk Biovet datang kepadanya selepas memerhatikan masalah kesihatan di kalangan kucing rakannya dan kucingnya sendiri, serta melihat beratur panjang di pejabat doktor haiwan.

“Saya mula melihat idea untuk mencipta rangkaian produk kucing saya sendiri,” katanya sambil menambah selepas menjalankan penyelidikan pasaran, dia mula menghasilkan rangkaian vitamin kucing.

Anak muda ini berjaya mencatatkan jualan hampir RM1 juta pada tahun pertama.

Pada usia 19 tahun, dia membuat jutaan pertamanya. Menjelang 21 tahun, dia telah membayar lebih daripada RM500,000 dalam cukai pendapatan.

Tidak terhenti setakat itu, Munashraf menyasarkan untuk membuat bilion pertamanya sebelum 30 tahun.

Beliau menyifatkan kejayaannya itu kerana mempunyai visi, kesediaan untuk belajar, ketabahan, serta mendapat sokongan daripada keluarga dan pasukannya.

“Jika anda tidak mempunyai visi, anda akan melakukan sesuatu dengan separuh hati. Sekarang pun, visi saya adalah untuk mengembangkan Biovet sejauh yang saya boleh dan membina hospital veterinar terbesar di Malaysia.

“Juga, jangan berputus asa. Biarkan orang berkata apa yang mereka mahu. Lakukan apa yang diperlukan untuk mencapai visi anda,” tambahnya lagi.

Baca:

Selepas ‘meteorit’, jenama ini reka beg tangan 99% udara, ramai anggap Air Swipe Bag mengarut

Tak sampai sehari dah layu? Ini teknik yang betul simpan daun pudina

Petua berguna untuk ibu-ibu berperang dengan kesan karat pada cerek air hanya guna dua bahan DIY ini