Selepas ‘meteorit’, jenama ini reka beg tangan 99% udara, ramai anggap Air Swipe Bag mengarut

Oleh ADINDA

Selepas mencipta beg tangan ‘meteorit’ yang diukir tangan daripada meteorit yang jatuh di bumi, jenama fesyen Perancis ini mencipta beg tangan 99% udara dan 1% kaca pula.

Diberi nama Air Swipe Bag, rata-rata warganet menganggap rekaan itu mengarut dan sama sekali tidak praktikal digunakan.

Beg yang diperbuat daripada 99 peratus (%) udara dan 1% kaca dengan berat 37 gram itu dicipta oleh Coperni yang dikenali dengan fensyen inovatif dan kasual.

Selepas meteorit jenama ini reka beg tangan 99 udara ramai anggap Air Swipe Bag mengarut

Ramai menjangkakan harga beg itu amat mahal memandangkan diperbuat daripada pepejal paling ringan di bumi iaitu aerogel.

Coperni bekerjasama dengan penyelidik Yunani dan artis visual, Ioannis Michaloudis untuk mencipta beg tangan paling ringan di dunia.

Dengan menggunakan bahan ultra-ringan, membolehkan Michaloudis mencipta beg tangan bersaiz 27cm x 16cmx 6cm yang sangat ringan.

Silica aerogel adalah bahan pepejal paling ringan di dunia kerana ia terdiri daripada 99% udara dan 1% kaca.

Ia dihasilkan dalam acuan keluli tahan karat melalui proses pengeringan khas yang menggunakan suhu dan tekanan tertentu untuk mengubah cecair menjadi kaca.

Walaupun sangat halus, aerogel tidaklah serapuh yang anda sangkakan.

Ia boleh menahan tekanan 4,000 kali ganda beratnya dan berada dalam suhu sehingga 1,200 darjah Celcius.

Jadi, keraguan orang rmsama ada beg Air Swipe sebenarnya kukuh dan boleh memuatkan apa-apa sahaja, jawapannya adalah ‘ya’!

“Materialnya adalah antara sesuatu yang ada dan sesuatu yang tidak wujud.

“Ia juga berada dalam keadaan di antara ini seperti keadaan malaikat,” kata Michaloudis.

Coperni Air Swipe Bag membuat penampilan sulungnya di pertunjukan fesyen 2024 semasa Minggu Fesyen Paris dan telah menjadi bualan dunia sejak itu.

Pada tahun 2019, tukang di studio reka bentuk yang berpangkalan di London, Bompass & Parr menggunakan teknologi aerogel untuk mencipta pencuci mulut paling ringan di dunia iaitu 96% udara dan seberat hanya satu gram.

@mimisfashionblog It’s for fashion history! #fashion #FashionTikTok #runway #fyp #coperni #bags #science ♬ som original – leozzin

Baca:

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya

Penangan kuasa viral, Faiz sampai tak cukup tidur, ramai puji penjual burger meja ke meja iras wajah Wahid Senario ini