Gempar! Belum reda dengan Ruhainies, wanita ini pula dedah kronologi cinta dengan Aliff Aziz

Oleh AHMAD ISMAIL

Kes penceraian Bella dan Aliff Aziz masih belum selesai, timbul pula isu lain yang telah tersebar di media sosial.

Seorang wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan bahawa dia adalah kekasih kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

Dia mengatakan hubungan cinta mereka bermula sejak Januari 2024.

Tetapi dia tidak mahu menimbulkan kekecohan.

Sarah mendedahkan perkara ini melalui hantaran di Instagram, dan dia juga mendakwa bahawa Aliff dipergunakan oleh aktres Ruhainies.

Gempar! Belum reda dengan Ruhainies, wanita ini pula dedah kronologi cinta dengan Aliff Aziz

Selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies, Sarah dan Aliff masih meneruskan hubungan mereka.

Dalam ‘posting’ yang sama, Sarah berkongsi video mesra dirinya dengan Aliff yang menunjukkan mereka berpelukan dan mencium pipi.

Selain itu, Sarah juga mendedahkan perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies.

Pada 8 Mac yang lepas, Ruhainies dan Aliff diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di rumah mereka di ibu negara.

Baca:

Selepas ‘meteorit’, jenama ini reka beg tangan 99% udara, ramai anggap Air Swipe Bag mengarut

Tak sampai sehari dah layu? Ini teknik yang betul simpan daun pudina

Petua berguna untuk ibu-ibu berperang dengan kesan karat pada cerek air hanya guna dua bahan DIY ini