Realtime website trackingweb stats

Sering tunjuk wang berkepuk-kepuk, influencer ditemui mati dengan badan dikerat-kerat

Oleh ADINDA

Sering tunjuk wang berkepuk-kepuk, influencer ditemui mati dengan badan dikerat-kerat. kehilangan seorang influencer (pempengaruh) lelaki popular sejak 19 Julai lalu terjawab apabila beberapa bahagian tubuhnya yang telah dikerat atau dipotong ditemui dalam sebuah beg.

Influencer yang berasal dari Argentina dan dikenali sebagai Fernandez Perez Algaba, 41, terkenal dalam kalangan pengikutnya sebagai seorang ‘pemain kripto’ yang kerap mempamerkan kemewahan hidup.

Tubuhnya ditemukan dalam dua beg berasingan. Beg pertama ditemukan oleh sekumpulan kanak-kanak di sebuah padang berdekatan sungai di Ingeniero Budge, Buenos Aires.

Beg berwarna merah itu dipercayai mengandungi anggota badan yang dikenal pasti pihak berkuasa sebagai Perez melalui tatunya sementara sebahagian tubuh lain ditemui dalam beg kedua selepas siasatan dijalankan.

Punca kematian Perez bagaimanapun adalah kerana ditembak sebelum tubuhnya dikerat kepada beberapa bahagian, lapor Marca.

Menurut laporan sama, Perez dipercayai dibunuh kerana terlilit hutang dalam jumlah yang cukup besar. Dia dilaporkan hilang selepas gagal memulangkan kunci pangsapuri yang disewa.

Pendedahan itu dibuat oleh adiknya, Rodolfo Perez Algaba yang terbang ke Buenos Aires untuk mencari abangnya.

Dia mendakwa abangnya bukan penipu namun sedang berdepan masalah ekonomi yang teruk dan membuat beberapa pinjaman dalam jumlah yang besar termasuk daripada agensi di Argentina.

Seorang suspek telah ditangkap dengan pihak berkuasa mengatakan kes jenayah itu akan selesai dalam kadar segera.

Baca:

Lelaki dihukum penjara 27 tahun akibat bunuh Oyen dengan cara paling mengerikan

Gunung ke-2 dan ke-4 tertinggi di Semenanjung ‘hanya’ bersebelahan, tapi pendaki ini tempuhi pengalaman amat mendebarkan

Tak pasal-pasal beruang matahari Malaya yang langsing ini ‘difitnah’ netizen, ini penjelasan pihak zoo China