Tak pasal-pasal beruang matahari Malaya yang langsing ini ‘difitnah’ netizen, ini penjelasan pihak zoo China

Oleh ADINDA

Tak pasal-pasal beruang matahari Malaya yang langsing ini ‘difitnah’ netizen, ini penjelasan pihak zoo China. Tindak-tanduk mencurigakan seekor beruang matahari di sebuah zoo di China mengundang perhatian pengguna media sosial yang mendakwa haiwan itu sebenarnya manusia yang memakai kostum, lapor portal berita Mothership hari ini.

Beberapa video memaparkan aksi beruang di Zoo Hangzhou itu mula dikongsikan di laman Twitter pada 27 Julai lalu.

Haiwan itu dilihat amat mesra dengan pengunjung selain aksinya yang berdiri tegak sambil menghadap ke arah orang ramai mendapat perhatian netizen.

Baca Artikel Penuh