Realtime website trackingweb stats

Umur baru 9 tahun dah ‘dewasa’, gelagat anak Rozita Che Wan bersolek raih lebih 3 juta tontonan

Oleh ADINDA

Umur baru 9 tahun dah ‘dewasa’, gelagat anak Rozita Che Wan bersolek raih lebih 3 juta tontonan.

Nama Aaisyah Dhia Rana iaitu puteri tunggal Rozita Che Wan atau Che Ta kembali mencuri perhatian ramai apabila gelagatnya bersolek sebelum keluar menonton wayang tular dalam TikTok baru-baru ini.

Aksi comel Aaisyah yang leka memakai bedak itu dirakam oleh ibunya dan meraih lebih tiga juta tontonan serta 196,000 tanda suka.

Bukan hanya video bersolek, gelagat Aaisyah memakai topeng muka milik ibunya juga mencuit hati ramai, namun ada yang berpendapat aktiviti tersebut ‘terlalu dewasa’ untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun.

Umur baru 9 tahun dah 'dewasa', gelagat anak Rozita Che Wan bersolek raih lebih 3 juta tontonan. Nama Aaisyah Dhia Rana iaitu puteri tunggal Rozita Che Wan atau Che Ta kembali mencuri perhatian ramai apabila gelagatnya bersolek sebelum keluar menonton wayang tular dalam TikTok baru-baru ini.

“Amboi pandainya dia bersolek, sudah dewasa anak dara Che Ta,” seloroh netizen.

“Teknik solekan dan cara dia pegang berus memang seperti profesional. Sekali imbas seperti lihat Zain Saidin pula sedang bersolek,” komen pengguna TikTok.

Baca:

Misteri batu besar keluar dari dinding rumah Azhar Sulaiman, dah guna pelbagai cara tapi tak pecah

Negara bukan Islam ini ‘rehatkan’ internet 8 jam, Malaysia patut contohi elak kanak-kanak dan remaja rosak

Tuduh isteri curang kerana dengkuran lelaki, akhirnya suami ini tergamam dan terharu bila tau hal sebenar