Realtime website trackingweb stats

Misteri batu besar keluar dari dinding rumah Azhar Sulaiman, dah guna pelbagai cara tapi tak pecah

Oleh ADINDA

Misteri batu besar keluar dari dinding rumah Azhar Sulaiman, dah guna pelbagai cara tapi tak pecah. Di sebalik rumah agam yang tersergam indah ini tersimpan satu rahsia dari masa lalu yang mampu membuatkan bulu roma meremang.

Kediaman dipercayai terletak di Sungai Penchala, Kuala Lumpur itu dikatakan mempunyai ruang misteri di dalamnya.

Pemilik rumah agam tersebut iaitu pelakon, Azhar Sulaiman atau senang disapa Behar dalam kalangan pengikutnya menceritakan tentang kewujudan bongkah batu granit ‘degil’ di ruang tamu kediamannya.

Misteri batu besar keluar dari dinding rumah Azhar Sulaiman, dah guna pelbagai cara tapi tak pecah. Di sebalik rumah agam yang tersergam indah ini tersimpan satu rahsia dari masa lalu yang mampu membuatkan bulu roma meremang.
Dinding rumah ini menyembunyikan batu granit misteri di bawahnya.

Batu granit itu dikatakan tidak dapat dipecahkan atau dibawa keluar kononnya mempunyai ‘sakti’ ekoran pernah menjadi tempat pemujaan Orang Asli dan terpaksa dikekalkan walaupun setelah siap pembinaan rumahnya.

“Setiap orang yang pernah datang rumah Behar, mereka akan tanya kenapa bawah tangga ni ada ‘ruang’ macam ni. Nak cakap tempat stor tapi kenapa tinggi?

“Sebenarnya kalau korang nak tahu, bawah dinding ni ada batu granit yang tak dapat dipecahkan. Susah sangat nak pecah, memang misteri. Jadi ia ditutup dengan dinding,” kata Behar dalam satu video yang dikongsi.

Malah bongkahan batu granit itu dikatakan terlalu besar sehingga sebahagian daripadanya kelihatan tertonjol keluar di dinding ruang hadapan rumah.

Misteri batu besar keluar dari dinding rumah Azhar Sulaiman, dah guna pelbagai cara tapi tak pecah. Di sebalik rumah agam yang tersergam indah ini tersimpan satu rahsia dari masa lalu yang mampu membuatkan bulu roma meremang.
Batu granit yang terkeluar dari bahagian dinding rumah.

“Batu ni sangat besar dan sampai terkeluar ke main entrance (pintu masuk), tetamu yang datang akan tanya saya, ini bekas simen tak buang ke?

“Bukan, inilah sebahagian daripada batu dekat dalam tadi yang terkeluar sampai ke sini (beranda). Kalau kita perhatikan secara teliti batu granit ni, kita akan nampak ada kesan berlubang dekat permukaannya.

“Ini kesan dari waktu pembinaan rumah dulu, hentakan mesin yang digunakan untuk pecahkan batu ni. Mesin tu kalau pakai dekat batu lain memang akan berderai tapi untuk batu ni, tak ada kesan pun, tak berganjak langsung.

Misteri batu besar keluar dari dinding rumah Azhar Sulaiman, dah guna pelbagai cara tapi tak pecah. Di sebalik rumah agam yang tersergam indah ini tersimpan satu rahsia dari masa lalu yang mampu membuatkan bulu roma meremang.
Antara kesan cubaan untuk memecahkan batu granit tersebut.

“Hanya ada serpihan batu sebesar penumbuk je yang boleh dipecahkan, kami cuba tukar mata gerudi tapi tak ‘lut’ dah. Jadi kami putuskan untuk biarkan saja batu ni dan batu-batu yang lain, mungkin ‘mereka’ tak mahu dipecahkan,” kata Behar.

Tambah Behar lagi, ketika dia kali pertama melawat tapak tanah rumahnya sebelum projek pembinaan dimulakan, dia sudah dapat mengesan aktiviti, dipercayai pemujaan Orang Asli yang dijalankan di situ.

“Masa site visit dulu, memang terjumpa batu ni yang jadi tempat sembahyang Orang Asli. Cuma saya tak sangka yang batu ni akan jadi sebahagian dari main entrance rumah saya sekarang.

Misteri batu besar keluar dari dinding rumah Azhar Sulaiman, dah guna pelbagai cara tapi tak pecah. Di sebalik rumah agam yang tersergam indah ini tersimpan satu rahsia dari masa lalu yang mampu membuatkan bulu roma meremang.
Batu granit lain di halaman rumah yang sangat besar.

“Dekat halaman rumah saya ni ada banyak lagi batu granit yang lain, ditinggalkan begitu sahaja dan tidak dibuang selepas insiden dengan batu ‘istimewa’ tadi.

“Sekarang batu-batu granit ni dianggap sebagai hiasan landskap dekat taman rumah saya.

“Ada satu batu granit ni yang cukup besar, dah macam batu belah batu bertangkup,” ujar Behar sambil menunjukkan sebuah batu granit yang menyamai ketinggian tubuh badannya.

Baca:

[VIDEO]Selepas dituduh menipu demi ‘content’, jawapan balas polis ini meremangkan bulu roma

Bukan seekor lembu cedera tergolek, 90 minit jalan sesak teruk akibat pemandu lori cuai

Label amaran bahaya dah ada di setiap batang rokok, nak juga kena penyakit tak tahulah