Realtime website trackingweb stats

Tuduh isteri curang kerana dengkuran lelaki, akhirnya suami ini tergamam dan terharu bila tau hal sebenar

Oleh ADINDA

Tuduh isteri curang kerana dengkuran lelaki, akhirnya suami ini tergamam dan terharu bila tau hal sebenar. Seorang suami di wilayah Guangdong, China yang menyangka isterinya curang kerana mendengar bunyi lelaki berdengkur di dalam bilik tidur mereka, tergamam selepas mendapati ia adalah bunyi suaranya sendiri, lapor laman berita Thaiger semalam.

Selepas pulang dari luar negara atas urusan perniagaan, si isteri dilaporkan tidak membuka pintu apabila suaminya tiba di rumah pada pukul 9 malam (waktu tempatan).

Setelah membuka pintu rumah, lelaki itu terdengar bunyi dengkuran kuat dari bilik tidur mereka.

Gara-gara curiga isterinya membawa masuk lelaki lain semasa ketiadaannya, si suami menerpa masuk ke dalam bilik dengan perasaan marah.

Dia kemudian terkejut apabila mendapati isterinya tidur bersendirian di atas katil, manakala bunyi dengkuran itu muncul daripada telefon bimbit wanita tersebut.

Bunyi itu sebenarnya dengkurannya sendiri yang direkod dan didengari si isteri setiap kali dia tidak berada di rumah untuk membantu menenangkan ketakutannya ketika tidur.

Si suami terharu dengan tindakan isterinya yang tidak bersalah itu dan dia meluahkan rasa menyesal kerana tersalah faham mengenai bunyi dengkuran itu.

Baca:

[VIDEO]Selepas dituduh menipu demi ‘content’, jawapan balas polis ini meremangkan bulu roma

Bukan seekor lembu cedera tergolek, 90 minit jalan sesak teruk akibat pemandu lori cuai

Label amaran bahaya dah ada di setiap batang rokok, nak juga kena penyakit tak tahulah