Tips ayam atau daging kurma makin sedap tuang bahan ini, lagi terangkat & rasa ‘ummphh’

Oleh ARIF ABDULLAH

Bagi anda yang suka menyediakan hidangan kurma ayam atau daging, anda boleh menggunakan petua atau tip yang dikongsikan oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail untuk memastikan hasil lauk kurma yang dimasak lebih sedap dari biasa.

Petua yang dikongsi ialah dengan meletakkan minyak sapi selepas siap memasak hidangan ini.

Beliau juga berkongsi cara lengkap untuk menyediakan hidangan ini.

Tumis bahan-bahan seperti bawang besar, hirisan halia, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga sehingga kekuningan dan garing dengan menggunakan minyak sapi.

Masukkan campuran serbuk rempah kurma yang sudah dicampur dengan air, daging atau ayam, kerisik, tomato, bawang putih atau merah yang sudah dihaluskan, kacang tanah, dan jintan yang sudah ditumbuk.

Tips ayam atau daging kurma makin sedap tuang bahan ini lagi terangkat rasa ummphh

Tutup periuk, masak dengan api kecil sehingga pecah minyak.

Tutup periuk adalah bertujuan supaya aromanya tak hilang dan daging atau ayam akan cepat lembut. Tapi awas, jangan biarkan ramuan rempah hangit! Air pun kena pandai agak ya.

Apabila daging atau ayam hampir lembut, tambahkan kentang dan tunggu sehingga empuk.

Selepas itu, tambahkan santan dan biarkan ia mendidih dengan kuat.

Masukkan separuh cili merah yang dipotong dan empat ketul bawang besar yang dipotong, kemudian tambahkan sedikit garam.

Petua penting untuk membuat masakan kurma yang lebih sedap ialah selepas masak, tuangkan sedikit minyak sapi mentah ke dalam kuah kurma.

Ini akan menambahkan rasa yang lebih sedap kepada masakan kurma itu.

Apabila anda ikuti petua ini, masakan kurma anda akan menjadi lebih sedap.

Selamat mencuba!

Baca:

Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?

Ini respon selepas tular ‘screenshot’ NRF & Aliff Aziz, adakah Bella sudah ‘penat’?

‘Kalau you curang i pun boleh’, gelagat sekumpulan anak muda ini mengundang sindiran netizen