Ini respon selepas tular ‘screenshot’ NRF & Aliff Aziz, adakah Bella sudah ‘penat’?

Oleh NURAIMAN

Pelakon Bella Astillah memberikan reaksi tentang perbualan yang viral antara suaminya Aliff Aziz dan NRF yang dikatakan sebagai Ruhainies.

Bella berkata bahawa dia bersedia menyerahkan Aliff Aziz kepada Ruhainies selepas melihat tangkapan layar perbualan romantis yang dibongkarkan oleh Sarah Yasmine.

“Tak perlu stop the time, you can have him Ruhainies.

“Jangan risau dia sayang awak, sebab tu lah dia tinggalkan kami anak beranak,” tulis nya menerusi ulang siar (repost) di Instagram Story.

Sarah Yasmine sekali lagi menjadi perhatian netizen di media sosial apabila dia menunjukkan tangkapan skrin perbualan antara ‘NRF’ dan Aliff Aziz yang menunjukkan mesej romantik, rancangan untuk menjatuhkan Bella Astillah, dan sebagainya.

Ini respon selepas tular 'screenshot' NRF & Aliff Aziz, adakah Bella sudah 'penat'?

Dalam perbualan yang didedahkan itu, Aliff juga menafikan bahawa dia masih menyayangi Bella Astillah ketika dia enggan untuk bercerai daripada isterinya pada tarikh perceraian mereka pada 4 April yang lepas.

Pada 9 Mac yang lepas, nama Ruhainies terlibat dalam isu yang hangat apabila dia ditangkap bersama Aliff Aziz oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Akibat kejadian tersebut, kedua-dua artis ini menjadi bahan kemarahan ramai di media sosial sebelum mereka membuat permohonan maaf, namun menafikan tuduhan mereka melakukan perkara yang dipanggil berkhalwat.

Isteri Aliff, Bella Astillah, telah mengemukakan permohonan untuk berpisah daripada Aliff pada 13 Mac yang lalu.
Namun, Aliff menolak untuk bersetuju dengan permintaan tersebut semasa perbicaraan pada 4 April yang lalu.

Perbicaraan untuk kes penceraian Aliff dan Bella akan bersambung pada 4 Jun akan datang.

Baca:

‘Trend’ boleh maut, tapi lain pula kata individu ini setelah untung berlipat ganda

Dek terlalu panik, individu ini tertekan sesuatu semasa pengebumian salah seorang anggota nahas TLDM

Rebah di bawah pokok rambai, ini bukti bahaya berlindung di bawah pohon semasa hujan lebat dan ribut petir