‘Kalau you curang i pun boleh’, gelagat sekumpulan anak muda ini mengundang sindiran netizen

Oleh SHAZLIN AZIZ

Logik seorang perempuan dalam satu rakaman video mengenai sifat curang pihak suami hanya mengundang sindiran netizen.

Menerusi sedutan video yang tular itu, seorang wanita muda dilihat seolah-olah menjadi jurucakap kumpulan kaum Hawa.

Mereka dilihat berada dalam sesi dialog di hadapan sekumpulan pemuda.

“Kalau you curang kena ingat tau, bini you sentiasa laku.

“You jangan ingat i jadi bini, i tak laku. Kalau you boleh buat (curang), i pun boleh buat juga.

'Kalau you curang i pun boleh', gelagat sekumpulan anak muda ini mengundang sindiran netizen

“Fikir betul-betul nak curang tu, patut ke tak aku curang.

“Kalau aku curang, aku akan hilang bini dengan anak-anak aku.

“Ingat. Jangan sesekali fikir mahu curang. Tengok perempuan lain, ingat bini dan anak di rumah,” katanya tegas sambil diselang-seli dengan sorakan di pihak lelaki.

Rata-rata netizen termasuk kaum Hawa tidak bersetuju dengan pendirian “lelaki boleh curang, perempuan pun boleh curang.”

Nur Aqila Kamarol Zainal berkata, sifat begitu menjatuhkan maruah diri hanya demi mahu memuaskan hati sendiri.

“Kenapa perlu letakkan harga diri itu di tempat paling bawah? Kenapa tidak kita berusaha untuk lebih maju dengan cara yang lebih diredai?” ujarnya.

Hal sama ditegaskan oleh Nur Izzati yang berharap ‘content’ sedemikian dihentikan.

“Malulah dengan bangsa-bangsa lain. Mereka dah ‘advance’ tak bincang benda-benda mengarut ni.

“Mereka bincang lebih pada ilmu dan maklumat. Bukan cara ni nak didik anak-anak muda,” katanya.

Baca:

Dek terlalu panik, individu ini tertekan sesuatu semasa pengebumian salah seorang anggota nahas TLDM

Rebah di bawah pokok rambai, ini bukti bahaya berlindung di bawah pohon semasa hujan lebat dan ribut petir

Aksi mesra dan cium tersebar, nama Rossa Sera kembali dipetik?