Aksi mesra dan cium tersebar, nama Rossa Sera kembali dipetik?

Oleh NURAIMAN

Baru-baru ini, satu video yang disebarkan melalui Instagram @rs92.jr, menunjukkan seorang wanita yang disangka bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Sera.

Dalam video yang dikongsi, wanita tersebut kelihatan tidak memakai tudung dan hanya memakai topi.

Dalam video itu, kita dapat melihat wanita dan lelaki yang berpelukan dan mencium mesra, tetapi kedua-duanya memakai penutup muka.

Video ini dipercayai direkam di sekitar Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, dengan lagu Saat Bahagia yang dinyanyikan oleh Ippo Hafiz sebagai latar belakang.

Akaun itu juga telah memuat naik video temu bual bersama Rossa Sera, tapi wajahnya disensor.

Aksi mesra dan cium tersebar nama Rossa Sera kembali dipetik

Sebelum ini, Rossa Sera dituduh berhubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Melalui apa yang telah diceritakan, orang yang terlibat menyatakan bahawa hubungan itu masih berlanjutan walaupun isterinya telah meminta Rossa Sera untuk berhenti mengganggu kehidupan rumah tangga mereka.

Lebih teruk, isteri lelaki itu pula dikatakan sibuk menguruskan proses perceraian mereka kerana kejadian ini.

Untuk makluman, Rossa Sera dan Shuk Sahar berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, yang kini berusia 8 tahun, dan Nur Assyifatu Aimi, yang kini berusia 6 tahun.

Tetapi, pada 22 Mac tahun yang lepas, mereka telah sah bercerai.

Baca:

Didakwa bawa kereta secara haram, Aliff Aziz tiada lesen memandu?

Pentingkah ambil tahu pasal akaun 3 KWSP? Tunggu pengumuman Khamis ini

Ruhainies disaran ‘sondol’ laki Emma Maembong? Lain macam cadangan netizen