Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan bank yang membeku akaun tanpa pengetahuannya.
Terima kasih bank yang budiman kerana telah membekukan akaun saya.
Hari ni baru dapat jawapan (setelah dibekukan selama 4 bulan).
Bila ditanya, ini jawapan staf:
“kami tak tahu dan tidak boleh memberitahu kepada customer” .
“Pihak bank ada hak untuk menyekat akaun cutomer tanpa sebab”.
“Kami dah bagi kes encik untuk siasatan pihak polis”
Bila tanya number atau pegawai yang menjalankan siasatan jawapan depa
“kami tak tahu dan tak boleh bagi nama pegawai polis tersebut”.
Apa yang saya boleh buat?
Tunggu dan tunggu sampai saya dapat call.
Kalau bertahun punya tunggu pun saya kena tunggu.
Dan cara layanan yang saya dapat dari staf seperti saya seorang penjenayah.
Ini ke integriti pihak bank yg pelanggan bagi amanah untuk simpan duit dia dan ini ka yang customer dapat?
Satu lagi ayat staf “encik tak baca ka t&c sebelum sain buka akaun dulu?”
“Kami pihak bank ada hak menyekat dan membekukan akaun customer tanpa sebab?” .
Saya ada satu soalan?
Pernah ka hangpa buka akaun bank hangpa baca semua t&c??
Bila saya cakap duit saya dalam tu nak buat macamana?
Saya cuma dapat jawapan “kami taktau. Encik tunggu ja sampai bila pun kami taktau”.
Aku masih lagi bertindak professional walaupun duit aku dalam tu keras beku hampir rm10k.
Kesimpulan dia di sini.
Hangpa orang bisnes.
Jangan lah pakai bank tersebut.
Bank tersebut tak suka hangpa bawak masuk duit banyak dalam bank tu.
T&c depa letak “ada hak menyekat dan membekukan akaun customer tanpa sebab”
Aku tak pernah tulis panjang.
Yang dah baca sampai sini. Terima kasih.
Luahan dari orang yg menagih duit sendiri dari pihak yang dia beri kepercayaan boleh simpan duit dia dengan selamat.
Kredit: Iskandar Mansor
Baca:
Panas melampau: Ini penjelasan NADMA Malaysia tentang gelombang haba wajib anda tahu
Banggakan Malaysia! Faisal Halim rangkul gol terbaik pada Piala Asia Qatar