Pemain sayap hebat dari negara kita, Faisal Halim, telah memenangi anugerah gol terbaik di Piala Asia Qatar.
Kejayaannya ini berlaku selepas undian ditutup pada awal pagi Isnin, apabila beliau telah jauh meninggalkan pesaing-pesaing lain.
Sebelum ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengenal pasti gol Faisal sebagai yang terbaik semasa perlawanan terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan di Stadium AlJanoub.
Beliau telah bersaing dengan tujuh lagi gol untuk dipilih sebagai gol terbaik dalam kejohanan bola sepak terbesar di Asia.
Faisal telah mendapat undian sebanyak 85 peratus, mengatasi jauh pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang hanya mendapat sembilan peratus undian.
Pemain-pemain lain seperti Son Heung-min dari Korea Selatan (tiga peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (satu peratus), dan Sardar Azmoun dari Iran (satu peratus) turut bersaing, tetapi tidak sehebat Faisal.
Tiga gol lagi daripada pemain Jepun, Keito Nakamura, Hassan Al Haydous dari Qatar, dan Abdulrahman Ghareeb dari Arab Saudi, tidak diberi sebarang undian.
Faisal mencipta kejutan dengan golnya yang menarik apabila berjaya menembusi pertahanan dan penjaga gol Korea, termasuk pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae, sebelum menjaringkan gol.
AFC sebelum ini juga menganggap gol Faisal sebagai satu kejadian ajaib yang berlaku dalam pentas Piala Asia.
Baca:
Peningkatan insiden keganasan di Gaza punca PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu
“Sejujurnya saya …” – Anna Jobling sifatkan Puteri Ameerah sangat tertib, sempat ‘girl talk’ 2 jam
Jaga-jaga musim panas! Bunyi dengusan bawa penemuan ular tedung di bawah sofa