“Tengok pun tahu guna tangan kiri” – Boleh pula pesara guru ini reka-reka cerita

Oleh ARIF ABDULLAH

Tular dalam kalangan komuniti guru mengenai catatan nota yang kononnya ditulis seorang murid sekolah rendah.

Namun, dari segi tulisan pun ramai dah boleh tahu itu adalah tulisan orang dewasa yang berkemungkinan besar menggunakan tangan kiri.

Perkongsian cikgu pencen berkenaan dalam Grup Kami Guru Malaysia (KGM) kemudiannya dapat dikesan sebagai palsu.

Rata-rata komuniti guru dalam kumpulan Facebook itu mempertikaikan tulisan terketar-ketar itu milik seorang budak.

Antaranya, seorang guru berpendapat niat sebenar individu yang mengada-adakan coretan itu hanya mahu menghasut orang ramai supaya tidak mendaftar dalam PADU yang berakhir 31 Mac lalu.

Tengok pun tahu guna tangan kiri Boleh pula pesara guru ini reka reka cerita 01

“Kononnya nak suruh maki kerajaanlah. Tapi kita yang guru tahulah beza antara tulisan budak dengan tulisan yang dibuat buat.

“Grup lain bolehlah mereka percaya benda ni tapi grup ni jangan haraplah,” kata guru berkenaan.

Semakan perbandingan mendapati imej tulisan itu dikongsi seorang pesara guru yang tinggal di Pulai Chondong, Kelantan.

Untuk rekod, Kelantan merupakan negeri kedua paling ramai rakyat berusia 18 tahun dan ke atas mendaftar PADU iaitu 65.2 peratus.

Rata-rata menganggap tulisan itu terhasil daripada tangan kurang dominan lazimnya tangan kiri.

Menambah lagi keraguan ketulenan tulisan itu daripada seorang murid apabila gambar pasport yang turut dikongsi pun sudah kelihatan lama.

“Macam-macam cara mereka (pembangkang) guna supaya semua rakyat benci kerajaan. Kreatif sungguh… 😁🤣

“Sampai setara tu jihad siyasi.

“Gambar anaknya pun dah kuning. Rasanya anak dia dalam gambar tu pun daftar PADU sebab dah besar.

“Cikgu pencen ni. Tarik pencen baru ada akai.

“Tulisan terketar-ketar gitu… tengok pun tau.

“Tulisan dengan fikiran orang dewasa ni guna tangan kurang dominan.

“Tengok pun tahu guna tangan kiri,” demikian pendapat dan sindiran warga maya.

Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan seramai 17.65 juta membabitkan 58.7 peratus daripada rakyat negara ini mendaftar PADU.

Selain Kelantan dan Perlis di tangga pertama dengan 66.9 peratus, tiga lagi tertinggi paling ramai mendaftar PADU ialah Terengganu (62.7 peratus), Perak (60.3 peratus) dan Pahang (59.7 peratus).

Baca:

Mengejutkan lirik lagu ‘Cari-Cari Salah’, bikin panas golongan penunggang agama

Gempar! Belum reda dengan Ruhainies, wanita ini pula dedah kronologi cinta dengan Aliff Aziz

Budak lain tengok kartun dalam YouTube, dia layan kisah hidup jutawan dan bilionaire