Tak sangka Kuala Lumpur antara bandar terbaik untuk kerja jarak jauh

Oleh AHMAD ISMAIL

Kuala Lumpur bagi kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya warga kota mungkin tiada apa menarik.

Namun di peringkat antarabangsa, ibu negara kita ini memenuhi sejumlah kriteria sehingga menjadi pilihan komuniti yang digelar nomad digital.

Trend baharu yang popular itu membolehkan mereka mengembara tanpa meninggalkan tanggungjawab kerja.

Platform sumber manusia global, Remote menerbitkan laporan komprehensif tentang negara-negara yang menjadi destinasi pekerjaan jarak jauh terbaik.

Remote mengambil kira 8 komponen penting bagi menentukan negara atau bandar yang menjadi destinasi pekerjaan jarak jauh terbaik, iaitu:

Tak sangka Kuala Lumpur antara bandar terbaik untuk kerja jarak jauh

  • Infrastruktur internet
  • Daya tarikan
  • Keterbukaan
  • Kualiti hidup
  • Insentif untuk pekerja jarak jauh
  • Kos sara hidup
  • Keselamatan
  • Inflasi

Melalui penilaian tersebut, 10 bandar menjadi destinasi terbaik, iaitu:

  • Madrid, Sepanyol
  • Madeira, Portugal
  • Toronto, Kanada
  • Auckland, New Zealand
  • Tokyo, Jepun
  • Paris, Perancis
  • Portland, Maine
  • Taipei, Taiwan
  • Stockholm, Sweden
  • Reykjavik, Iceland

Kuala Lumpur berada di tangga ke-22, meningkat 62 anak tangga daripada kedudukan ke-84 pada 2022.

Malah, Kuala Lumpur juga menjadi antara negara terbaik dari segi destinasi yang menawarkan insentif kepada pekerja jarak jauh, iaitu tempat keempat daripada kesemua negara dunia.

Selain ranking utama dan komponen penilaian, berikut 5 fakta menarik atau dapatan-dapatan penting lain dalam laporan tersebut:

Dua tempat tertinggi Destinasi Terbaik untuk Kerja Jarak Jauh dihuni oleh negara yang berjiran, iaitu Sepanyol dan Portugal. Dua bandar yang terpilih ialah Madrid dan Madeira.

Hanya satu bandar dalam Amerika Syarikat (AS) berjaya menduduki tempat 10 teratas, iaitu Portland, yang terletak dalam negeri Maine.

Toronto, Kanada yang menduduki tempat pertama pada laporan sebelumnya jatuh ke tangga ke-3.

Dalam laporan sebelumnya, Taipei merupakan destinasi Asia dengan kedudukan tertinggi pada tempat ke-22. Kali ini, Tokyo mengambil alih di tempat ke-5. Malah, Tokyo juga mengambil alih kedudukan bandar terbaik Jepun yang sebelum ini dimiliki Mishima.

Daripada 25 destinasi terbaik, terdapat 12 bandar di Eropah, enam di Amerika Utara dan empat di Asia.

Baca:

Budak lain tengok kartun dalam YouTube, dia layan kisah hidup jutawan dan bilionaire

Selepas ‘meteorit’, jenama ini reka beg tangan 99% udara, ramai anggap Air Swipe Bag mengarut

Tak sampai sehari dah layu? Ini teknik yang betul simpan daun pudina