Realtime website trackingweb stats

Senarai acara sepanjang 10 hari pertabalan Agong ke-17, rakyat biasa pun boleh join sekali

Oleh ARIF ABDULLAH

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan diadakan di Istana Negara pada 20 Julai ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa acara ini akan dimulakan dengan majlis bacaan surah Yasin dan doa selamat di Masjid Negara pada jam 5.30 petang, 18 Julai ini.

Beliau menambah, khutbah khas akan disampaikan semasa solat Jumaat pada keesokan harinya di Masjid Negara.

“Ini diikuti dengan majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Sabtu, 20 Julai bermula jam 10 pagi di Istana Negara.

“Pada hari sama, kerajaan akan menganjurkan Majlis Santapan Diraja jam 8.30 malam di Istana Negara,” katanya.

Senarai acara sepanjang 10 hari pertabalan Agong ke-17,  rakyat biasa pun boleh join sekali

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di sini, hari ini.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rozainor Ramli, mengumumkan pelantikan Fahmi sebagai Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Fahmi berkata, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadualkan melawat Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai, manakala Muzium Negara akan mengadakan Pameran Raja Kita pada 25 Julai.

“Majlis Jamuan Teh Diraja akan diadakan pada jam 3 petang 27 Julai di Istana Negara.

“Turut dimaklumkan, Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 adalah pada 3 Jun dan tarikh berkenaan diwartakan sebagai cuti umum,” katanya.

Walau bagaimanapun, Sultan Iskandar telah bersetuju untuk menangguhkan sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi baginda dari bulan Jun ke bulan September.

Ini bagi memberi keutamaan kepada Istiadat Pertabalan dan acara-acara lain yang akan diadakan pada bulan Julai sempena Istiadat Pertabalan tersebut.

Baca:

Kepada peminat kereta ‘Type-H’, model baru dilancar hari ini, harga mula RM85,900

Bagus dimakan tapi ramai tak gemar makan, ini cara hilangkan rasa pahit peria, mudah je

Dah 2024 masih ada lagi murid tiada kelengkapan kerusi & meja belajar punca Ketua Pemuda Umno ‘mengamuk’