Dalam dunia kuliner, terdapat beberapa hidangan yang mempunyai kualiti nutrisi tinggi namun sering kali dielakkan oleh ramai orang disebabkan rasa yang pahit.
Salah satu contoh yang paling umum ialah peria.
Walaupun kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan, rasa pahitnya sering menjadi halangan untuk dinikmati oleh ramai orang.
Namun, terdapat kaedah mudah yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa pahit peria, menjadikannya lebih berselera dan boleh dinikmati oleh semua orang.
Cara mengurangkan rasa pahit pada peria: Potong peria, rendam sebentar dalam air garam. Selepas itu, basuh dengan teliti sebelum memasak.
Bahan-bahan:
- 1 buah peria
- ½ biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia ditumbuk halus
- 2 sudu besar ikan bilis (digoreng)
- 1 biji telur ayam (digoreng hancur)
- 1 batang cili merah
- 1 batang cili hijau
- 1 biji telur ayam
- ½ sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk kari
- Serbuk perasa
- Minyak masak menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan ikan bilis dan tumis bawang putih dan bawang merah.
2. Apabila bawang sudah layu, masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul sebati.
3. Masukkan telur ayam dan hancurkan telur tersebut seperti membuat telur hancur.
4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan serbuk kari.
5. Perasakan juga dengan serbuk perasa.
6. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit: Nurul Ateekah
Baca:
Proses masak yang minima, resipi kuih getas lembut sungguh menyelerakan, cubalah!
Sebelum pergi hospital, cek dulu sistem pencernaan badan guna kunyit hidup, gosok-gosok je!