Risau budak lagi dah jadi pembuli, ibu sakit hati bila tak boleh buat apa, mungkin ada tak tahu anak rupanya kaki pukul

Oleh HADI KAMARUDIN

Seorang ibu berkongsi rasa risau dan geramnya terhadap segelintir budak yang sudah ada ciri pembuli apabila menendang dan memukul anaknya.

Dia menegaskan betapa sakit hatinya kerana tak boleh buat apa.

Memang ada ibu bapa atau penjaga yang mungkin tak tahu anak di sekolah rendah itu rupanya kaki pukul rakan sebaya.

Walhal, gejala buli mengakibatkan trauma yang teruk kepada mangsa termasuk enggan hadir ke sekolah.

Ikuti perkongsian Puan Aishah Wilfred ini yang turut menceritakan reaksi di pihak ibu bapa kepada budak yang membuli anaknya:

Risau budak lagi dah jadi pembuli, ibu sakit hati bila tak boleh buat apa, mungkin ada tak tahu anak rupanya kaki pukul

SAKITNYA HATI AKU BILA TAK BOLEH BUAT APA-APA

Sebelum Hari Raya, anak saya Habib mengadu ada kawannya tendang dari belakang.

Hari ini dia kena lempang dengan anak orang mana entah.

Elok je anak saya sedang main dengan kakak-kakak dia, tiba-tiba datang anak orang mana datang-datang saja pukul anak saya.

Tentulah hati saya panas tetapi apa je saya boleh buat? Ikut hati, memang saya nak lempang balik budak tu.

Tapi, itulah, budak kan? Dah nanti nampak jahatnya di pihak saya pula. Saya memang tak faham budak-budak yang berani pukul-pukul anak orang ni.

Mana datang keberanian eh buat macam tu kat anak org? Korang tu budak kecil lagi. Mak bapak buat apa?!

Sakitnya hati saya ni sebab tak boleh nak buat apa-apa.

Benda ni hari-hari saya dengan suami pesan kat anak-anak, kalau nak main ke gurau ke jangan sampai pukul-pukul orang.

Tu yang anak saya apabila kena pukul. Risau betul budak-budak zaman sekarang kecil-kecil dah macam pembuli.

Perkara ini mungkin nampak macam tiada apa tapi pada saya perkara ni besar.

Budak tu datang kacau anak-anak saya tengah main. Lepas tu boleh lempang sampai berbirat muka Habib.

Dah tu dia pukul kepala dengan air Yakult sepaket tu. Dah tentu saya marah tapi saya masih boleh bersabar. Saya cuba berfikir dengan waras.

Cuma tolongla mak bapak semua kita jaga-jagalah anak baik-baik.

Buatlah sehabis baik. Saya tahu tak mudah tapi itu pilihan kita untuk jadi mak bapak.

Nota: Kami dah jumpa ibu bapa budak itu dan mereka minta maaf. Hanya saya masih sakit hati tengok oanrg buat anak saya macam tu.

Baca:

Tergamak ucap begitu terhadap 10 korban nahas helikopter TLDM, ustaz pun bandingkan lelaki ini dengan babi di hutan

”Inilah dia terpaling netizen” – Wanita hina mangsa tragedi helikopter TLDM undang kecaman

Kayuh basikal sejauh 12,000 KM, tiga rakyat Malaysia tiba di Madinah