”Inilah dia terpaling netizen” – Wanita hina mangsa tragedi helikopter TLDM undang kecaman

Oleh FATIN AQILAH

Semasa negara sedang berdukacita kerana dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlibat dalam nahas yang mengorbankan 10 anggota, ada seorang individu yang disyaki memuat naik sesuatu yang tidak sensitif di laman X.

“Askar lain semua mati masa perang, askar Malaysia mati masa latihan. Macam manalah helikopter boleh bertembung? Yang bawa tu tak habis belajar ke apa?,” demikian tulis individu berkenaan.

Ciapan itu dibuat pada pukul 11.05 pagi Selasa mendapat kritikan dari pengguna internet, menyebabkan individu tersebut menghapuskan kiriman tersebut.

Namun, pengguna internet sempat mengambil ‘screenshot’ kiriman asal dan memuat naiknya di laman X, menjadikannya viral.

Melalui perkongsian semula oleh akaun @fathermeeth di laman X, kritikan yang terlalu berlebihan dilemparkan oleh pengguna internet terhadap individu tersebut yang dianggap tidak peka dan tidak menghormati perasaan keluarga mangsa yang terlibat.

Inilah dia terpaling netizen Wanita hina mangsa tragedi helikopter TLDM undang kecaman 01

“Inilah dia terpaling netizen. Jari menaip lebih laju daripada kepala otak dia.

“Dia tak tahu ke latihan perang dalam negara pun dikira berjihad untuk agama, bangsa dan negara.

“Dia tak tahu ke latihan perang dalam negara pun dikira berjihad untuk agama, bangsa dan negara.” – netizen.

“Kau pernah belajar ke cara kendali helikopter? Kau ingat sesiapa je ke boleh jadi pilot askar?

“Ajal ni Allah yang tentukan, tak kira apa. Hormat keluarga mangsa,” demikian antara komen netizen.

Netizen juga telah berkongsi pautan ke akaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil agar tindakan segera diambil terhadap individu tersebut.

Inilah dia terpaling netizen Wanita hina mangsa tragedi helikopter TLDM undang kecaman 01

Menurut carian oleh mStar, akaun tersebut telah pun dipadamkan.

Pada masa lalu, negara dikejutkan dengan kemalangan dua helikopter TLDM yang bertembung semasa sedang berlatih lintas hormat sempena Hari Ulang Tahun TLDM yang ke-90, kira-kira jam 9.32 pagi hari Selasa.

Dari kesemua 10 mangsa yang terkorban, tiga daripadanya berada dalam helikopter jenis Fennec M502-6, manakala tujuh lagi berada dalam helikopter HOM M503-3.

Baca:

Pokok bunga siapa dia tolong siramkan? Ini sebabnya geng ekstremis mohon ke tepi

5 jenis tanaman ini mudah saja boleh tanam di luar rumah

Ini baru ‘rare’! Kerabu tembikai utara jadi sajian pembuka selera, cubalah!