5 jenis tanaman ini mudah saja boleh tanam di luar rumah

Oleh AHMAD ISMAIL

Hendak seribu daya walaupun menghuni di rumah pangsa boleh saja tanam pokok terutamanya yang kerap diguna semasa memasak.

Berikut 5 jenis tanaman yang mudah saja boleh tanam di luar rumah tanpa perlu ruang dan kos yang tinggi:

1. Kangkung

Kangkung memerlukan cahaya matahari penuh dan terus lebih daripada 6 jam.

Tanaman kangkung ini boleh diletakkan di dalam pasu kecil atau mana-mana bekas yang dirasakan sesuai.

5 jenis tanaman ini mudah saja boleh tanam di luar rumah

Letakkan besen di bahagian bawah dan raga di atasnya sebelum taburkan biji benih kangkung.

Jika saiz lubangnya besar, letakkan kapas supaya benih tidak terjatuh melalui lubang tersebut.

Isikan air dalam besen dan pastikan paras air cecah raga saja.

Jangan sampai benih terendam dan tenggelam. Tutupkan dengan kain gelap untuk beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung mula keluar.

Apabila daun dah muncul, letakkan pokok kangkung di tempat yang disinar cahaya matahari.

Pastikan paras air kena pada akar pokok. Selepas 3 hingga 4 minggu, kangkung sudah sedia untuk dituai dan dimasak.

2. Cili padi

Sediakan pasu berisi tanah dan masukkan biji cili, siram dua kali sehari.

Bila dah nampak anak pokok cili dah mula bercambah, anda boleh alihkan ke pasu yang lebih besar.

3. Daun saderi

Ambil 3 inci bahagian akar saderi, dan cucukkan dengan batang lidi dari bahagian luar supaya akar tak mencecah bawah bekas. Rendamkan di dalam bekas berisi air.

Letakkan bekas pada tempat yang kena cahaya matahari. Bila daun saderi dah mula bercambah, alihkan ke pasu berisi tanah dan siram dua kali sehari.

Pastikan tanah sentiasa lembap untuk daun saderi tumbuh dengan segar.

4. Serai

Guna serai lebihan dan rendamkan bahagian akar dalam bekas berisi air. Akar serai akan mula tumbuh lepas 3 hingga 4 hari.

Bila dah bertunas, pindahkan masuk dalam pasu dan tanam secara menyerong.

Untuk 7 hari pertama, anda kena siram 2 kali sehari, lepas tu hanya perlu menyiram sekali sehari saja.

5. Halia

Pilih halia yang dah bertunas supaya lagi cepat ia membesar.

Tanamkan halia di dalam pasu dan pastikan ia diletak pada kawasan yang separuh teduh. Jangan bagi kena cahaya matahari secara direct.

Untuk halia muda, tuai selepas 6 bulan. Untuk halia tua, tuai selepas 9 bulan.

Baca:

“Tengok pun tahu guna tangan kiri” – Boleh pula pesara guru ini reka-reka cerita

Ini 5 kereta yang orang perempuan tak sesuai pakai

Habis terbakar segala dokumen sekolah dan komputer tapi keadaan rak berisi al-Quran dan tafsir ini mengejutkan