Kayuh basikal sejauh 12,000 KM, tiga rakyat Malaysia tiba di Madinah

Oleh ABDULLAH HAMID

Selepas 105 hari mengayuh basikal dari Kuala Lumpur, tiga rakyat Malaysia termasuk suami isteri berjaya sampai di Madinah, Arab Saudi pada Jumaat yang lepas (19 April) untuk menunaikan ibadah haji, salah satu rukun Islam yang penting.

Mereka yang berjaya menyelesaikan perjalanan itu ialah Ahmad Mohd Isa, 36 tahun, isterinya, Noradilah Mohd Sapie, 37 tahun, dan seorang kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM), Abdul Halim Talha, 57 tahun.

Mereka tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan sejauh 12,000 kilometer (km).

Ahmad berkata, kali ni kita akan pergi Haji, tapi perjalanan kita kali ni lebih pendek dari yang kita buat sembilan tahun lepas.

Ini kerana, separuh perjalanan kita kena guna kenderaan lain macam kereta api, kapal terbang, feri, dan kereta.

Kayuh basikal sejauh 12,000 KM, tiga rakyat Malaysia tiba di Madinah

Ini sebab ada halangan yang tak boleh kita elakkan.

“Pada 2016, saya dan isteri ketika itu baru lepas berkahwin dan pengembaraan berbasikal lebih kepada berbulan madu dengan membabitkan 14 negara yang mengambil masa setahun tiga bulan untuk sampai ke Makkah sebelum menunaikan ibadat umrah.

“Tapi pengembaraan kali ini lebih berfokus iaitu menunaikan haji yang membabitkan laluan tujuh negara dengan lima bulan sahaja masa yang diambil untuk sampai di sini (Madinah),” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Mereka telah melalui Thailand sebelum menaiki kapal terbang ke India dan meneruskan perjalanan ke Pakistan dan Iran.

Kemudian, mereka menaiki feri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan meneruskan perjalanan ke Arab Saudi dengan kayuhan.

Ahmad menceritakan lagi bahawa seorang rakan lainnya, yang juga bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Che Saad Nordin, 74 tahun, yang turut menyertai perjalanan pada awalnya, tidak dapat meneruskan perjalanan kerana masalah kesihatan dan cuaca sejuk semasa mereka sampai di Pakistan pada bulan Januari yang lepas.

Dia menyatakan bahawa walaupun sudah berbasikal mengelilingi Malaysia sebanyak 22 kali, tetapi bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan cuaca sejuk telah memberi kesan buruk kepada kesihatannya.

“Ketika memasuki Pakistan, cuaca sejuk dengan suhu di bawah 10 darjah Celsius menyebabkan kesihatan Pak Ad (Che Saad) merosot dengan batuk berpanjangan, hilang selera makan, jadi menjadi halangan kepadanya untuk berkayuh (basikal) dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

“Selepas perbincangan bersama dan mendengar nasihat doktor supaya tidak meneruskan kayuhan basikal, Pak Ad bersetuju mengambil tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, selepas tiba di tanah air dan mendapat rawatan susulan, kesihatannya kini bertambah baik,” katanya.

Pada masa yang sama, mereka juga menghasilkan poskad yang terinspirasi daripada setiap negara yang mereka lawati untuk menampung kos haji.

Ahmad mengatakan, sehingga kini, sebanyak 1,558 keping telah berjaya dijual dengan nilai lebih daripada RM141,000.

“Ada beberapa pilihan yang ada dalam usaha kami untuk menunaikan haji ini dan antaranya melalui visa mujamalah dari Kedutaan Arab Saudi yang diberikan kepada agensi atau pengelola haji terpilih dari Malaysia,” katanya.

Baca:

Pokok bunga siapa dia tolong siramkan? Ini sebabnya geng ekstremis mohon ke tepi

5 jenis tanaman ini mudah saja boleh tanam di luar rumah

Ini baru ‘rare’! Kerabu tembikai utara jadi sajian pembuka selera, cubalah!