Mampu 3 kali khatam al-Quran, fasih cakap Arab sejak umur 11 tahun – Jangan remehkan kemampuan anak autisme

Oleh AHMAD ISMAIL

Hatta orang dewasa yang menganggap diri sendiri normal pun tidak ramai yang mampu sampai 3 kali khatam al-Quran apa lagi fasih cakap Arab.

Kisah dikongsi seorang ibu, Irnee Ismail, 47, yang membesarkan dua anak autisme masing-masing berusia lebih 20 tahun dan 12 tahun memang menginspirasikan.

Dahulu, katanya dipetik Sinar Harian, kurang pendedahan mengenai kanak-kanak autisme.

Sehubungan itu, dia dan suami, Amir Hafiz Ab Rahim, 49, membesarkan dua anak yang dikesan menghidap penyakit itu dengan pendekatan sendiri.

Berkongsi pengalaman menjaga kanak-kanak istimewa itu, Irnee dan Amir berazam untuk belajar sendiri menguruskan kedua-dua anaknya.

Mampu 3 kali khatam al-Quran fasih cakap Arab sejak umur 11 tahun Jangan remehkan kemampuan anak autisme

“Waktu anak pertama dikesan menghidap autisme, terma itu asing bagi kami sehingga perlu tanya banyak soalan kepada pakar psikiatri.

“Tapi penjelasan yang diberikan sangat umum dan tidak membantu.

“Sesi kami itu diakhiri dengan mengambil saranan doktor untuk memasukkan anak ke sekolah aliran perdana bagi membantu anak ini merapatkan cabaran komunikasinya,” ujarnya.

Susulan itu, mereka terpaksa mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk mencari maklumat berhubung penyakit tersebut.

“Kami putuskan anak kami itu perlu dilatih secara terperinci agar mereka boleh menguruskan diri sendiri,” katanya.

Tambah ibu kepada lima orang anak itu, bertitik tolak dari situ, dia dan suami dapat melihat potensi sebenar anak pertamanya.

“Anak ini mempunyai ingatan kuat dan mempunyai kelebihan dalam pendidikan agama apabila mampu khatam al-Quran sebanyak tiga kali.

“Malah, dia juga boleh baca surah panjang, menulis kaligrafi dan fasih berbahasa Arab ketika berumur 11 tahun,” katanya.

Irnee berkata, anaknya juga menjadi antara pelajar terbaik sekolah menengah agama (SMA) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Menyentuh mengenai seorang lagi anak istimewanya yang kini berumur 12 tahun, Irnee berkata, pendekatan pembelajaran berbeza diberikan.

Hal ini memandangkan anaknya itu disahkan menghidap gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD) serta disleksia pada 2021.

Namun, katanya, dia dan suami masih menggunakan pendekatan sendiri dengan mempelajarinya melalui internet.

Baca:

Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?

Ini respon selepas tular ‘screenshot’ NRF & Aliff Aziz, adakah Bella sudah ‘penat’?

‘Kalau you curang i pun boleh’, gelagat sekumpulan anak muda ini mengundang sindiran netizen