Realtime website trackingweb stats

Mahu nikmati percutian romantik di sebuah pantai peranginan, lelaki ini tergamak lakukan perbuatan ini

Oleh NURAIMAN

Seorang lelaki di Thailand tergamak mencuri rantai emas milik warga asing bagi membolehkan dia dan isterinya menikmati percutian romantik di sebuah pantai peranginan.

Suspek yang dikenali sebagai Neng, meragut seutas rantai emas bernilai hampir 40,000 baht (RM5,287) milik warga Myanmar di pasar Sirichai, Bangkok dalam kejadian, 23 Oktober lalu.

Susulan laporan dibuat mangsa, polis berjaya mengesan suspek selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan pasar.

Neng ditahan ketika dia mahu pulang ke rumah di wilayah Samut Prakarn, dekat Bangkok.

Lelaki itu mengaku bahawa keadaan kewangannya yang teruk mendorong dia untuk mencuri.

Mahu nikmati percutian romantik di sebuah pantai peranginan, lelaki ini tergamak lakukan perbuatan ini

Sebahagian daripada rantai emas yang dicurinya itu telah dijual kepada sebuah kedai emas di wilayah tersebut dengan harga 18,900 baht (RM2,498).

Namun, dia telah menghabiskan wang itu semasa melancong bersama isterinya di Pantai Bang Saen, wilayah Chon Buri.

Berdepan hukuman penjara minimum lima tahun, suspek juga didenda sekurang-kurangnya 100,000 baht (RM13,215).

Baca:

Tak pernah berlaku kelab bola sepak dihalang ke padang latihan, Kelantan FC kena ‘buli’ dengan Jabatan Pertanian

Ramai kagum tengok Elfira Loy meneran sambil tersenyum, siap dedah petua bidan

Jangan pandang remeh risiko penyakit buah pinggang, doktor ini kongsi 3 minuman ajaib patut amal