Realtime website trackingweb stats

Ramai kagum tengok Elfira Loy meneran sambil tersenyum, siap dedah petua bidan

Oleh AHMAD ISMAIL

Walaupun baru saja menjadi ibu untuk anak kedua pada 20 Mei lalu, pelakon Elfira Loy mendapat banyak pertanyaan mengenai pengalaman bersalin daripada bakal ibu lain di media sosialnya.

Elfira, yang berusia 28 tahun, berkongsi bahawa ramai bertanya mengenai cara bersalin yang senang kerana ini merupakan pengalaman kedua baginya.

“Ramai minta tip untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El dengan bantuan bidan Puan Sharifah.

“Daripada video ini anda boleh dengar sendiri cara bidan terangkan apa yang perlu dilakukan sebelum meneran,” katanya.

Elfira berkongsi sebuah video ketika dia berada di bilik bersalin semasa melahirkan anak keduanya, Nur Aria Mikayla.

Dalam video tersebut, Elfira mendedahkan bahawa untuk melancarkan proses bersalin, dia telah menerima suntikan epidural yang membantu mengurangkan rasa sakit.

Dia membuat keputusan ini berdasarkan pengalamannya semasa melahirkan anak sulung, Muhammad Rayyan Khalaf.

“El ingin kongsi juga untuk kehamilan kedua ini, El ada ambil epidural sebab kita induced the baby… sebab mengikut pengalaman sebelum ini, kontraksi ada tapi bukaan lambat dan El dah tak tahan sakit berhari-hari tapi masih bukaan 2cm.

“Tapi bila bukaan dah hampir 6cm, El dah kurangkan dos epidural sebab kesan dia untuk El kali ini, rasa lebih penat dan macam tidak boleh bernafas,” katanya.

Bagaimanapun menariknya, ramai memuji kecantikan aktres itu yang dilihat tenang sepanjang melalui proses bersalin.

“Tenangnya wajah dia, kalau saya masa bersalin, cleaner pun saya panggil doktor.

“Kalau kita tak nampak apa dah, macam baru lepas bayar hutang sejuta! Tak ada senyum dekat muka dah.

“Elfira tengah berlatih ke memang betul-betul ni? Tenang betul cara dia,” antara komen netizen.

Bagi menjawab soalan tersebut, Elfira menerangkan bahawa dia tersenyum kerana mendapat sokongan dan bimbingan yang sangat baik daripada seorang bidan di hospital.

Elfira berkongsi bahawa bidan tersebut memberikan nasihat penting, iaitu jika wajahnya kelihatan tertekan ketika bersalin, bermaksud teknik bersalin yang dilakukannya itu adalah teknik yang salah.

“Dalam klip ini, anda ada nampak El senyum… senyum sebab bidan dah pesan; ‘kalau muka buruk, salahlah teran tu’.

“Punyalah takut, rupanya tersenyum saya. Maas itu tak perasan pun senyum, cuma ‘control’ sahaja,” kongsinya.

Untuk pengetahuan umum, Elfira berkahwin dengan Faris Kahirul Anuar pada 1 Januari 2019.

Sumber: https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/10/27/tersenyum-ketika-bersalin-buat-netizen-kagum-elfira-loy-dedah-tip-meneran-daripada-bidan

Baca:

Jangan pandang remeh risiko penyakit buah pinggang, doktor ini kongsi 3 minuman ajaib patut amal

Doktor kongsi 4 perangai ‘mat saleh’ yang tak patut ikut, fakta nombor tiga tu ada logiknya

Pemuda ‘tuai hasil’ kena kanser selepas 6 tahun merokok, ada 7 penyakit bakal dihidapi akibat langgar fatwa