Realtime website trackingweb stats

Jangan pandang remeh risiko penyakit buah pinggang, doktor ini kongsi 3 minuman ajaib patut amal

Oleh ADINDA

Bagi mereka yang menghidap diabetes jangan pandang remeh risiko boleh kena penyakit buah pinggang.

Begitu juga yang ada darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi, juga terdedah untuk mendapat penyakit buah pinggang.

Statistik menunjukkan kira-kira 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat.

Jadi, penjagaan buah pinggang yang hanya bersaiz 10 hingga 12 sentimeter dan berbentuk seperti kacang itu amatlah penting.

Apa kata amal 3 minuman ajaib yang ada di dapur anda seperti disyorkan Dr Noordin Darus ini:

1. Air barli

Basuh bijian barli dan rebus. Satu cawan barli bersama lima cawan air. Ada juga yang campur dengan potongan halus halia dan satu batang kulit kayu manis. Selepas mendidih, biarkan dalam keadaan suam selama 20 minit.

Minum lapisan air rebus barli yang tengah, bukan minum sangat lapisan atas yang jernih itu. Boleh juga masukkan sedikit madu atau limau nipis.

Amalkan minum satu cawan pagi dan petang dalam keadaan perut kosong. Selepas dua bulan minum air barli, periksa keadaan ginjal anda di klinik.

Selain jaga makan dan mengurangkan minuman manis, anda akan mendapat manfaat maksimum dengan mengamalkan minum air barli memandangkan ia kaya dengan fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (Vitamin B1), selenium, besi, magnesium, zink, fosforus.

Paling bagus, barli tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

2. Jus ubi bit merah

Ubi bit yang berwarna merah ini disebabkan gabungan pigmen ungu betasianin dan pigmen kuning betasantin. Kandungan kalorinya rendah dan mampu membantu menurunkan hipertensi .

Kaya dengan kandungan nitrat dan antioksidan, minuman jus ubi bit merah juga memelihara kesihatan jantung selain merawat masalah ginjal.

Satu keluarga dengan sayuran lobak dan sayuran berakar lainnya, ubi bit mampu menurunkan kadar gula darah sekaligus mengatasi diabetes.

Amalkan minum jus bit yang kaya dengan kandungan serat pada sebelah pagi sebelum mengambil sarapan.

Dalam masa sama, bit membantu anda mengatasi masalah pencernaan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit, termasuk gerd dan kanser usus.

3. Jus saderi

Banyak khasiatnya lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengalami masalah ginjal. Namun, awas, rasanya agak kurang sedap bagi sesetengah orang.

Cuci hingga bersih batang saderi yang kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin C, vitamin K, folat, kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium ini.

Kisar batang saderi tetapi jangan campur dengan air sebab kandungan air dalam batang saderi sudah cukup menjadi penawar.

Minum selepas bangun pagi ketika perut kosong. Seeloknya, jauhkan makanan dalam tempoh dua jam sejurus bangun pagi.

Batang saderi atau nama saintifiknya Apium graveolens Linn ini juga mampu menyingkirkan kolestrol jahat dan membantu menurunkan tekanan darah.

Apapun, sudah tentu mencegah masalah ginjal lebih baik daripada merawat. Oleh itu, bagi mereka yang ginjalnya masih sihat, amalkan gaya pemakanan yang tidak memudaratkan buah pinggang anda.

Kurangkan manis dalam minuman. Tambahkan manis dalam senyuman. Itulah yang lebih baik dan dengan izin Tuhan akan dijauhi masalah ginjal.

Ingat, musuh utama ginjal ialah gula kerana ada kajian mendedahkan kira-kira 70 pesakit ginjal akhir yang memerlukan rawatan dialisis adalah disebabkan diabetes.

Baca:

Tak berperang tapi curi duit orang beli iPhone, individu godam kad kredit rakyat Israel dikecam

Kerana minat, lelaki Malaysia jejak ‘Kak Ponti’ sampai ke Jepun, dua bulan kumpul duit tapi berbaloi

Yang mana letak gambar profil ada Menara Eiffel, dah boleh fikir dua kali lepas tengok gambar ini