Realtime website trackingweb stats

Lipan akan masuk dalam rumah jika ada benda-benda yang dia suka ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Walaupun badannya kecil, haiwan ini sering menakutkan ramai orang kerana ia suka muncul tiba-tiba dan mempunyai bekas gigitan yang sangat menyakitkan.

Pasti ramai orang merasa cemas bila sebut tentang lipan di dalam rumah.

Terutamanya lipan bara, cukup mengerikan apabila melihatnya dalam gelap? Tidak kira sebesar apa lipan tersebut, kebanyakan orang melihatnya akan terus membunuh tanpa berpikir panjang.

Sengatan lipan bara mengandungi racun yang sangat berbahaya dan dapat membunuh haiwan berukuran besar, bahkan hingga 15 kali lebih besar dari badannya.

Lipan atau Centipede, dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai serangga yang sangat berbisa, walaupun kesannya belum tentu membunuh manusia.

Secara ringkasnya, serangga berbisa ini menggunakan ‘Forcipules’, iaitu dua kaki depan yang berbentuk seperti penyepit sebagai senjata utamanya. Apabila merasa terancam, lipan akan menyuntikkan bisa ke badan mangsanya dengan menggunakan forcipules.

Bagi kanak-kanak di bawah 5 tahun atau warga emas, disengat oleh serangga berbisa bukanlah perkara main-main, jadi segeralah dapatkan rawatan.

Sekarang, mari kita kembali kepada soalan mengapa lipan boleh ada dalam rumah?

Jangan terkejut! Jika terdapat perkara ini di rumah anda, fahamlah mengapa lipan boleh muncul.

Berdasarkan satu kajian, lipan hanya akan menjalar ke tempat yang ada bekalan makanan. Contohnya, makanan bagi serangga berbisa ini termasuk semut, lipas, lalat, dan labah-labah.

Mengawal lalat dan labah-labah mungkin mudah. Tetapi untuk mencegah anai-anai, tidak semua orang mampu melaksanakan kawalan perosak kerana kosnya agak tinggi.

Jadi, untuk mengambil pendekatan terbaik, cara untuk mengelakkan lipan daripada muncul ialah dengan memastikan rumah anda sentiasa bersih dan bebas daripada serangga-serangga perosak, terutamanya di bilik air dan kawasan yang lembap.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba petua di bawah untuk menghalau lipan:

1. Kapur Barus

Seperti menaburkan garam, anda hanya perlu menaburkan kapur barus di tempat yang lembap untuk memastikan nyamuk tidak datang lagi.

2. Garam

Taburkan garam di tempat-tempat dan laluan di mana anda sering jumpa lipan. Biasanya, tempat yang kelembapan tinggi sering dihuni lipan, betul tak?

Biarkan garam itu saja tanpa perlu disapu, dan mungkin anda boleh menambahnya dari semasa ke semasa jika perlu. Teruskan langkah ini sehingga anda rasa bahawa tiada lagi lipan di rumah anda.

3. Daun Pandan

Perasan tak bau wangi daun pandan? Tapi bagi lipan, ceritanya berbeza.

Manfaatkan keistimewaan ini dengan meletakkan daun pandan sebagai pelindung anda. Potong daun pandan dengan halus dan letakkan dalam mangkuk. Semakin banyak, semakin berkesan.

Selepas itu, letakkan mangkuk yang berisi hirisan daun pandan di setiap sudut rumah anda. Ini dapat membantu menjauhkan lipan dari rumah anda.

Harap tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah di rumah. Kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan!

Baca:

Siap tulis ‘jangan la bagi RM10’ dalam kad kahwin, trend baharu salam kaut

Tahulah dosa tu sendiri tanggung, tapi jangan la beromen ketika orang solat Jumaat

‘Sebak tengok dia terpaksa guna kereta lama’ – Ramai puji polis ini bantu orang tengah jalan raya sibuk