Musim kahwin tiba sekali dengan musim cuti sekolah di penghujung tahun.
Pasti ramai yang akan menerima undangan untuk menghadiri majlis perkahwinan, termasuk majlis yang diatur khas untuk anak-anak anda.
Tetapi yang kurang menyenangkan adalah apabila sesetengah tuan rumah memberikan kad jemputan dengan maksud tersirat untuk mendapatkan sumbangan dari tetamu.
Melalui perkongsian di media sosial, seorang wanita mendedahkan sikap seorang tuan rumah yang menjemput untuk majlis perkahwinan anaknya, tetapi dengan menyelitkan gurauan yang tidak disangka-sangka.
“Hang nak menikahkan anak hang, selepas tu hang nak buat jamuan makan untuk orang-orang yang datang tapi kalau hang tak ikhlas mana boleh.
“Orang yang hang jemput, bagi kad jemputan. Tapi hang kata ‘Datang la kenduri nikah anak aku, Sabtu ni. Kalau datang dengan famili tu, hang kena bagi (duit) lebih sikit’,”ujarnya.
Bukan itu sahaja, perempuan tersebut juga menyatakan bahawa tuan rumah memberikan pilihan kepada rakan-rakannya yang dijemput, sama ada mereka ingin datang bersama pasangan atau bersama-sama berkumpulan.
“Kalau setakat (bagi duit) RM10 tu, hang datang laki bini bolehlah,” katanya yang merujuk kepada ‘salam kaut’ kepada tuan rumah.
“Hendaklah ikhlas membuat jamuan kerana Allah dengan kasad (niat/tujuan) bersedekah menjamu orang ramai.
Walaupun bunyinya seperti gurauan, wanita itu masih berpendapat bahawa cara jemputan tersebut tidak sewajarnya dilakukan, yang membuatkan penerima jemputan terpaksa berfikir dua kali sebelum datang ke majlis.
“Walaupun hang boleh gelak-gelak tapi ingat ada orang nak pergi ke kenduri tu? Orang akan fikir tau. Kalau hang macam tu, bermakna hati hang memang macam tu la.
“Hang boleh kata, kalau datang satu keluarga, duit dalam sampul kena lebih sikit. Kalau aku, taubat aku nak pergi. Biarlah kenduri hang ada orang datang ke tak ada orang.
“Kalau aku niat nak buat kenduri untuk anak aku, akan gembira sebab nak jamu orang makan, orang datang tengok anak-anak kita. Ini hang niat buat kenduri nak kutip duit. Manusia apa hang ni?” katanya dengan nada kesal.
Sementara itu, Ustaz Azhar Idrus (UAI), seorang pendakwah bebas, menyatakan bahawa adalah sunnah untuk mengadakan majlis makan-makan setelah berkahwin, sama ada selepas akad nikah atau semasa akad nikah dijalankan.
Beliau menjelaskan bahawa tuan rumah yang menyelenggarakan majlis makan-makan tersebut akan mendapat ganjaran pahala kerana tindakan tersebut mengikuti ajaran agama, serta membawa manfaat pahala bagi menjamu tetamu dan memberi sedekah.
“Hikmah membuat jamuan adalah tanda syukur kepada Allah yang telah memberi nikmat berumah tangga dan tanda bergembira dengan memperolehi pasangan atau menantu.
“Maka bagi tuan kenduri hendaklah ikhlas kerana Allah menjamu tetamu jemputan supaya beroleh ganjaran pahala di sisi Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau.
Menurut Ustaz Azhar, dalam kebanyakan majlis kenduri, adalah biasa untuk tetamu memberikan hadiah atau wang kepada tuan rumah sebelum pulang.
Beliau menjelaskan bahawa memberi hadiah atau wang ini adalah sunah dan sangat digalakkan dalam Islam.
“Sunat bagi tuan rumah yang menerima hadiah daripada tetamu membalas pemberian tersebut. Tetapi jika tuan rumah tidak membalas dengan hadiah, sebaiknya dibalas dengan ucapan yang baik seperti puji-pujian,” katanya.
Walaupun perkahwinan merupakan tindakan yang dianjurkan oleh Rasulullah, Ustaz Azhar menyatakan bahawa tetamu yang hadir dan makan tanpa memberikan hadiah tidaklah melakukan sebarang kesalahan.
“Hendaklah ikhlas membuat jamuan kerana Allah dengan kasad (niat/tujuan) bersedekah menjamu orang ramai. Tidak elok jika dibuat kenduri kerana kasad mendapatkan hadiah daripada tetamu kerana ditakuti tidak mendapat pahala di sisi Allah,” katanya lagi.
Baca:
‘Hati kering betul Salah’ – Sanggup kena kecam sambut Krismas, ada anggap dia kena sumpahan kalah
Hidupkan sunnah makan buah dulu, ini tips dikongsikan bapa pelakon Syafi Tee