Memang hati kering betul Mohamed Salah apabila setiap tahun sanggup kena kecam dengan peminat beragama Islam kerana beria-ia sambut Hari Krismas.
Perayaan Natal tahun ini, pemain kelahiran Mesir itu bersama isteri dan dua anaknya berkongsikan gambar depan pokok Krismas bercahayakan warna biru muda.
Bintang Liverpool beragama Islam yang sedondon sekeluarga berseluar seperti corak kain pelikat cap Gajah Duduk itu tahun ini memuat naik mesej Hari Krismas dengan keterangan gambar menceritakan tentang perang Israel-Palestin.
Dia yang merupakan salah seorang pemain Muslim di Liga Perdana Inggeris kemudiannya mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada pengikutnya.
Dalam statusnya, Salah tanpa rasa bersalah menulis: “Krismas ialah masa untuk keluarga berkumpul dan meraikannya.
“Dengan perang yang sedang berlaku di Timur Tengah, terutama kematian dan kemusnahan di Gaza, Krismas kali ini disambut dengan hati yang berat.
“Kami merasai keperitan dialami keluarga-keluarga yang meratapi kehilangan orang terasayang.
“Tolong jangan lupakan mereka dan jadikan kesengsaraan mereka satu kebiasaan. Selamat Krismas.”
Bagaimanapun, rata-rata warganet Muslim menegur Salah kerana salah dalam menyambut perayaan bagi penganut agama Kristian itu.
Tak salah ucap selamat tetapi bukan menyambut memandangkan Krismas adalah perayaan agama bukannya perayaan budaya.
Sejak tahun 2020 lagi, Salah memang ‘wajib’ bergambar dengan pokok Krismas serta berpakaian tema Hari Natal itu dengan keluarga kecilnya.
“Salah, anda adalah Muslim, bukan Kristian. ‘Krismas’ kita adalah pada April, anda memalukan.
“Dah tahu salah, kenapa buat salah lagi.
“Salah ni semasa Krismas beria sambut. Aidilfitri ringkas je,” demikian antara kata peminat antarabangsa termasuk dari Malaysia.
Bagaimanapun tidak semua yang mengkritik Salah, salah seorang peminat menulis:
“Sebagai Muslim kita tidak sepatutnya menghukum. Tetapi semua suka menghukum Salah setiap kali Krismas.
“Saya rasa kita semua tidak sempurna. Bebaskan Palestin.”
Dalam masa sama, yang menariknya TikTokers thefootballaddicts berkongsikan hasil ‘analisis’ beliau berkenaan ‘sumpahan’ setiap tahun dihadapi Salah selepas merayakan Hari Krismas.
Dakwanya, setiap kali selepas Salah menyambut Hari Natal, pemain berusia 31 tahun itu pasti kalah dalam pertandingan seterusnya.
@thefootballaddicts #salah #mosalah #liverpoolfc #football #for ♬ original sound – thefootballaddicts
Baca:
Hidupkan sunnah makan buah dulu, ini tips dikongsikan bapa pelakon Syafi Tee
Suka mekap atas sejadah, ini senarai perangai tak patut berlaku dalam surau perempuan
Punyalah popular ustaz TikTok ini, ada sanggup padam video walau ‘views’ dah ratusan ribu