Realtime website trackingweb stats

Punyalah popular ustaz TikTok ini, ada sanggup padam video walau ‘views’ dah ratusan ribu

Oleh AHMAD ISMAIL

Ustaz TikTok bukanlah panggilan menghina. Gelaran itu khas buat anak muda yang ada latar belakang pengajian agama menggunakan platform itu untuk berdakwah.

Kumpulan sasaran misi dakwah itu pula ada golongan yang sebaya dengan mereka.

Antaranya, Raja Muhammad Al-Mahi Raja Badrol Hisham. Mulanya, dia langsung tidak terfikir untuk memulakan dakwah di Tiktok.

Namun, segala-galanya berubah selepas melihat sahabatnya yang sama-sama menuntut di sekolah pondok berdakwah di wadah itu.

Raja Muhammad Al-Mahi Raja Badrol Hisham berkata, dia tidak menyangka pendekatan dakwahnya yang santai mendapatkan sambutan yang cukup bagus.

“Sejak awal lagi saya sudah tetapkan niat untuk berdakwah kepada semua golongan.

“Saya tidak kisah jika ada yang menggelar saya Ustaz TikTok sekalipun, asalkan dakwahnya sampai kepada semua golongan,” katanya.

Bercerita lanjut, Raja Muhammad Al-Mahi berkata, di TikTok, dia banyak memuat naik video penjelasan mengenai hukum, lazimnya berkaitan isu semasa atau yang sedang tular di laman sosial.

“Pendekatan saya adalah berdakwah secara santai dan tidak terlalu keras. Setiap perkongsian saya sekadar untuk berkongsi ilmu dan tiada niat buat sesiapa terasa.

“Namun, saya bersyukur kerana ada antaranya (perkongsian) memberi impak.

“Salah satunya, perkongsian teguran saya kepada wanita menggunakan ‘filter’ (kaedah mengedit gambar) misai.

“Ada antara mereka memadam video sekalipun tontonan sudah mencecah ratusan ribu,” katanya yang mempunyai lebih 340,000 pengikut di TikTok.

Walaupun begitu, beliau sedar tidak semua yang dilakukannya akan diterima baik.

Justeru, beliau menerima semua maklum balas daripada pengikut dan netizen dengan berlapang dada.

“Mungkin kritikan itu adalah teguran untuk kita daripada Allah supaya tidak hanyut dengan pujian, namun saya tidak simpan kata-kata negatif dilemparkan dalam hati.

“Cuma, ada masanya saya patah semangat juga.

“Tetapi isteri (Nurhidayah Mohamed Azlan) dan keluarga banyak memberi galakan untuk teruskan berdakwah,” katanya.

Beliau kini semakin banyak menerima undangan sebagai penceramah kuliah di masjid dan surau.

Raja Muhammad Al-Mahi juga berhasrat memperluaskan konsep dakwah biar sampai dengan menarik penyertaan lebih ramai anak muda.

@almahiraja #almahiraja #dakwahbiarsampai #usrahdbs ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Baca:

Order makanan percuma ‘ubat’ sakit perut, kejutan ‘hadiah’ Krismas ini buat ramai terhibur

‘Saya tidak dapat menanggung kesakitan!’ – Luahan wanita muda Gaza ini menyedihkan

Pengguna lebuh raya nikmati tol percuma pada 23, 26 Disember, rupanya ada sebab tarikh itu dipilih