Realtime website trackingweb stats

Tahulah dosa tu sendiri tanggung, tapi jangan la beromen ketika orang solat Jumaat

Oleh ARIF ABDULLAH

Gejolak nafsu memang sukar dikawal, apatah lagi apabila iman hanya senipis kulit bawang yang memudahkan digoda oleh syaitan.

Itulah seperti yang berlaku kepada sepasang kekasih yang telah menggemparkan penduduk sekitar semalam.

Sepasang kekasih telah ditangkap karena melakukan tindakan yang tidak senonoh di dalam sebuah kenderaan ketika ramai orang sedang menunaikan solat Jumaat, seperti dilaporkan oleh laman berita Tribun News hari ini.

Peristiwa ini terjadi pada 15 Disember yang lalu di tempat letak kenderaan Hospital Muhammadiyah di Gombong, di Kebumen, Jawa Tengah.

Semasa kejadian itu, seorang pemandu kereta lain yang sedang menunggu majikannya dikatakan melihat sesuatu yang ‘aneh’ di tingkap kereta Toyota Avanza.

Kejadian ini berlaku pada waktu tengah hari ketika keadaan tenang semasa umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat.

Pemandu tersebut kemudian mendekati kenderaan itu dan terkejut melihat kelakuan tidak senonoh pasangan tersebut.

Setelah ditahan, mereka mengaku bukan suami isteri, sebaliknya sudah berkahwin dengan orang lain.

Selepas kejadian itu, isteri pelaku yang dikenali sebagai M, melaporkan perkara tersebut kepada polis kerana merasa malu dengan tindakan suaminya.

Baca:

‘Sebak tengok dia terpaksa guna kereta lama’ – Ramai puji polis ini bantu orang tengah jalan raya sibuk

‘Hati kering betul Salah’ – Sanggup kena kecam sambut Krismas, ada anggap dia kena sumpahan kalah

Hidupkan sunnah makan buah dulu, ini tips dikongsikan bapa pelakon Syafi Tee