Realtime website trackingweb stats

Hasil buat ‘live’ TikTok potong ‘daun emas’, Atok ini raih RM4,500 sebulan

Oleh ADINDA

Berbaloi lelaki warga emas ini buat ‘live’ di TikTok memotong tembakau atau yang dipanggilnya ‘daun emas’.

Mana tidaknya, Atok ini meraih RM4,500 sebulan termasuk hadiah yang diberikan penonton semasa sesi live, berbanding hampir RM3,000 sebelum itu.

Pakharurazi Othman, 61, mengakui TikTok membantunya meningkatkan pendapatan.

Awalnya, beliau tidak menyangka percubaannya memasarkan produk tembakau hiris menerusi TikTok mendapat sambutan hangat da­ripada pengguna.

Namun, siapa sangka, beliau sekarang sudah mempunyai 86,500 pengikut selepas belajar menggunakan aplikasi itu sejak lapan bulan lalu.

Penangan ‘Pak Lebai’ ini juga membolehkannya mampu meraih hampir 2,000 tontonan semasa dia membuat ‘live’ menerusi TikTok.

Beliau berkata, dirinya sebelum ini bekerja sebagai penggawa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok dan menanam daun tembakau lidah rusa di kawasan rumahnya.

Sejak 27 tahun lalu, Pakharurazi memasarkan produk tembakau secara kecil-kecilan sahaja.

Jelasnya, sebelum ini, ramai pelanggan datang ke rumah untuk membeli tembakau jualannya, tetapi tidak sehebat seperti yang dijual di TikTok.

“Saya mula bergelar ­TikTokers secara tidak sengaja apabila banyak mendapat video TikTok mengenai isu semasa di kumpulan WhatsApp.

“Ketika itu, saya lihat banyak manfaat diperoleh meskipun video dihasilkan berdurasi kurang seminit.

“Selepas itu, saya membuka akaun TikTok dengan nama Razi Othman dan berkongsi mengenai suasana di kampung pada April lalu.

“Selepas mendapat tontonan tinggi, saya memuat naik video kaedah memotong dan menghiris tembakau asli selepas ia dipetik.

“Alhamdulillah, video tersebut tular,” katanya dipetik Kosmo!

Katanya, video yang dihasilkannya pernah ditolak oleh pihak TikTok dengan alasan mempromosikan bahan yang tidak dibenarkan.

Semasa membuat live di TikTok, saya menyebut perkataan tembakau dan pihak aplikasi tersebut telah menolak video-video saya selepas itu.

“Sebenarnya, saya menghiris dan memotong daun tembakau yang ditanam di kampung. Ia bukan bertujuan untuk membuat rokok bagi pasaran komersial.

“Sejak itu, saya menggunakan gelaran daun emas bagi tembakau.

“Alhamdulillah, video dan akaun Tik Tok saya tidak lagi disekat selepas itu. Saya sering membuat live memotong daun tembakau hampir setiap pagi untuk berinteraksi dengan penonton,” katanya lagi.

Baca:

Dulu masuk list ‘skandal rasuah’ negara, ini rupa kapal OPV1 yang akhirnya siap selepas 4 kali tertangguh

Masih misteri, tiba-tiba muncul ‘ahli keluarga’ Azar Azmi dedah rupanya dia dah…

Dah tak perlu beratur, guna apps je nak perbaharui lesen, siap dapat rebet RM5