Satu kejadian kebakaran di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al Rahmaniah di Kampung Datok di Tapah, Perak mengejutkan orang ramai dan mengingatkan keagungan Yang Maha Esa.
Habis semua dokumen sekolah, data murid dan komputer di ruang pejabat sekolah itu musnah terbakar dalam tragedi pada 2022 itu.
Namun, rak buku di bilik pusat sumber yang menempatkan naskhah al-Quran dan tafsir tidak ‘dijamah’ api.
Menurut guru besarnya, Khairiyah Othman, dia terkejut melihat kesemua 50 naskhah al-Quran dan tafsir di dalam bilik itu berada dalam keadaan baik dan tersusun rapi berbanding buku lain.
Jelasnya, naskhah baharu dan lama itu diletakkan di pusat sumber tersebut sebagai bahan mengajar dan bacaan serta rujukan kepada guru dan murid.
“Saya terkejut apabila melihat kesemua naskhah al-Quran dan tafsir berada dalam keadaan baik berbanding buku-buku agama yang dijadikan rujukan mengajar,” dipetik Utusan Malaysia.
Beliau memaklumkan kebakaran sekitar pukul 10.30 malam itu bukan sahaja memusnahkan bilik pusat sumber, malah ruang pejabat juga terjejas.
Khairiyah berkata, tindakan pantas pasukan bomba yang dihubungi oleh penduduk kampung memadamkan kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.
“Kebakaran ini juga menyebabkan tandas, bilik mesyuarat dan kelas masing-masing mengalami kerosakan lebih 40 peratus di bahagian bumbung dan tingkap,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah, Nadzri Che Nordin berkata, kebakaran melibatkan aras satu bangunan sekolah yang menempatkan pejabat, pusat sumber, kelas, tandas dan bilik mesyuarat.
“Siasatan awal mendapati, kebakaran bermula dari ruang pejabat sebelum merebak ke bilik berhampiran.
“Punca kebakaran bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya lagi.
Baca:
Budak lain tengok kartun dalam YouTube, dia layan kisah hidup jutawan dan bilionaire
Selepas ‘meteorit’, jenama ini reka beg tangan 99% udara, ramai anggap Air Swipe Bag mengarut
Tak sampai sehari dah layu? Ini teknik yang betul simpan daun pudina