Realtime website trackingweb stats

“Bukan saja-saja, ada sebab kenapa saya dan suami rahsiakan perkara ini”- Shila Amzah

Oleh ABDULLAH HAMID

Selepas hampir lima bulan bersama sebagai pasangan suami isteri, Shila Amzah dan suaminya, Ubai MZ, bakal menimang cahaya mata sulung.

Mereka berkongsi berita gembira itu melalui kiriman di Instagram (IG) semalam.

Shila, atau sebenarnya dikenali sebagai Nurshahila Amir Hamzah, menyatakan bahawa dia tidak bermaksud untuk menyembunyikan perkara tersebut.

Sebaliknya, dia ingin memastikan bahawa proses kehamilannya berjalan dengan lancar.

“Ada sebab kenapa kami baru beritahu semua orang untuk memastikan tempoh kehamilan ini berjalan lancar.

“Saya nak pastikan proses awal kehamilan berjalan lancar terlebih dulu. Terima kasih kepada yang mendoakan kami sebelum ini.

“Doakan agar kandungan ini selamat dan dipermudahkan segala-galanya,” katanya.

Walau bagaimanapun, Shila tidak memberikan maklumat yang terperinci mengenai kehamilannya, termasuk tempoh usia kehamilan pada masa ini.

Pada masa yang sama, melalui hantaran sama, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, juga berkongsi pengalaman hidup mereka sepanjang tahun lalu.

“2023 meninggalkan peristiwa manis dan sedih yang banyak mengajar kami berdua. Tahun ini juga kami mengambil keputusan berkahwin.

“Tahun lepas juga arwah adik pergi sebelum majlis pertunangan kami, diikuti pula pemergian arwah mak beberapa hari sebelum kami bernikah.

“Selesai cerita kami pada 2023 dan 2024 ini kami ingin membukanya dengan satu perkhabaran,” kata Ubai.

Video yang dimuat naik kira-kira tiga jam yang lalu sudah mendapatkan lebih dari 400,000 tontonan, dengan ramai orang menitipkan doa dan ucapan tahniah kepada mereka.

Pada 5 Ogos lalu, Shila dan Ubai menjadi suami-isteri dalam sebuah acara pernikahan yang diadakan di Boathouse Ampang.

Sebelum itu, mereka melangsungkan pertunangan pada 27 Mei yang lalu.

Untuk makluman, Shila sebelumnya telah menikah dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun sayangnya pernikahan mereka berakhir dengan perceraian pada Februari 2022.

Dari pernikahan tersebut, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais, yang kini berusia 5 tahun.

Baca:

Dulu masuk list ‘skandal rasuah’ negara, ini rupa kapal OPV1 yang akhirnya siap selepas 4 kali tertangguh

Masih misteri, tiba-tiba muncul ‘ahli keluarga’ Azar Azmi dedah rupanya dia dah…

Dah tak perlu beratur, guna apps je nak perbaharui lesen, siap dapat rebet RM5