Gempar peniaga ala Bombay dah ada di KL, rupanya Jumaat dia buat kerja, ini reaksi pihak DBKL

Oleh ARIF ABDULLAH

Gempar di media sosial apabila sudah ada warga asing berniaga ala Bombay berdekatan Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur sehingga menarik tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Rupanya peniaga asing terbabit menjual makanan pada petang selepas waktu solat Jumaat.

“Sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa DBKL telah pergi ke lokasi bagi membuat pemantauan dan tindakan susulan dan mendapati penjaja warga asing berkenaan tidak berada di lokasi.

“Berdasarkan maklumat diterima, mereka hanya menjalankan perniagaan pada hari Jumaat,” kata DBKL dalam kenyataan.

Sehubungan itu, DBKL berkata, pihaknya akan melaksanakan pemantauan berkala di lokasi berkenaan.

Gempar peniaga ala Bombay dah ada di KL rupanya Jumaat dia buat kerja ini reaksi pihak DBKL

DBKL akan mengambil tindakan susulan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti penjajaan di lokasi tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial satu klip video memaparkan warga asing menjalankan perniagaan ala Bombay di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan reaksi negatif dari pengguna media sosial.

Orang ramai berharap DBKL menguatkuasakan undang-undang secara tegas seperti yang lazim dikenakan terhadap peniaga tempatan.

Baca:

Pernah berbelanja sejuta ringgit sebulan, tak sangka Cik B perlu melalui cabaran ini

“Tengok pun tahu guna tangan kiri” – Boleh pula pesara guru ini reka-reka cerita

Ini 5 kereta yang orang perempuan tak sesuai pakai