Pernah berbelanja sejuta ringgit sebulan, tak sangka Cik B perlu melalui cabaran ini

Oleh ABDULLAH HAMID

Siapa tak kenal Cik B yang merupakan anak Datuk Seri Vida yang pernah menghebohkan orang ramai apabila berbelanja kira-kira sejuta ringgit pada Julai 2023.

Walaupun merupakan anak selebriti dan usahawan terkemuka, Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileenya berkata dia masih perlu bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dimahukan.

Remaja berusia 18 tahun ini berkata, dia terpaksa berjuang untuk dipandang serius sebagai ahli perniagaan kerana pergaulan dengan ibunya.

“Cabaran terbesar saya ialah menguruskan jangkaan orang.

“Apa sahaja yang saya lakukan, orang selalu mengaitkannya dengan ibu saya. Mereka mendakwa kejayaan saya adalah kerana kekayaan ibu.

Pernah berbelanja sejuta ringgit sebulan tak sangka Cik B perlu melalui cabaran ini

“Saya masih perlu bekerja keras untuk mendapatkan apa yang saya mahu.

“Matlamat saya adalah untuk membuktikan kepada semua orang bahawa saya boleh mencapai kejayaan saya sendiri,” ujarnya.

Sebelum ini, Cik B yang pernah muncul dalam drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’ di TV3 itu menjadi bualan warganet apabila berkongsi jumlah wang yang ada di dalam akaun bank.

Dia juga pada 2023 menunjukkan perbelanjaan pada November tahun itu mencecah RM23,000 iaitu menyamai pendapatan sebulan rata-rata pekerja muda.

Mengikut jejak ibunya yang bijak berniaga, anak berketurunan Kelantan ini mula berniaga ketika di bangku sekolah.

Remaja yang berkarakter selamba ini dulunya menjual fidget spinner kepada kawan-kawan.

Semasa usianya 14 tahun, dia memulakan perniagaannya menjual rangkaian makanan ringan Cik B Salmon Skin.

Pelantun lagu ‘Doakan’ ini turut mengakui bahawa perniagaan itu telah menjana jutaan pertamanya.

Sehubungan itu Cik B, yang berharap suatu hari nanti akan berjaya seperti ibunya, menasihati anak-anak muda supaya tidak berputus asa.

“Tidak salah untuk meminta bantuan tetapi ingat, hanya anda yang boleh membantu diri anda sendiri.

“Jika anda inginkan dan berusaha ke arah itu, anda boleh mencapainya,” nasihat Cik B lagi.

Ketika Cik B dilihat netizen sebagai gemar tayang duit di media sosial, lain pula dengan karakter adiknya, Kacak atau Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin.

Kacak nampaknya enggan berkongsi jumlah perbelanjaannya. Malah, dia memberitahu lebih suka menyimpan duit.

Baca:

“Tengok pun tahu guna tangan kiri” – Boleh pula pesara guru ini reka-reka cerita

Ini 5 kereta yang orang perempuan tak sesuai pakai

Habis terbakar segala dokumen sekolah dan komputer tapi keadaan rak berisi al-Quran dan tafsir ini mengejutkan