Realtime website trackingweb stats

Entah apa masalah brader motor ini, perangai peliknya buat pengguna jalan raya lain berang

Oleh ADINDA

Entah apa masalah brader motor ini, perangai peliknya buat pengguna jalan raya lain berang. Dalam kejadian yang membingungkan di daerah Don Mueang, Bangkok, seorang lelaki mencetuskan kekecohan orang ramai kerana berterusan enggan menyeberangi persimpangan lampu isyarat dengan motosikalnya, lapor portal berita Thaiger.

Tingkah laku misteri itu berlaku hari ini dengan sebilangan netizen membuat spekulasi bahawa dia fobia pada persimpangan lampu isyarat.

Perbuatannya agak luar biasa apabila dia memberhentikan motosikalnya di belakang garisan putih di sebuah persimpangan lampu isyarat dan enggan menunggang motosikal itu lebih jauh sekali gus menghalang pengguna jalan raya lain.

Laman sosial dikenali sebagai ‘Want to be Famous, Let’s Arrange It – Retire Part 6’ memperbesarkan-besarkan isu tersebut.

Laman tersebut mempersoalkan jika pihak berkuasa boleh campur tangan, memandangkan tindakannya mengganggu lalu-lintas.

Baca:

Hati-hati! Sindikit jual buah pinggang memang ‘real’, berpengkalan di negara jiran

Pelawak Singapura hina Malaysia tak serik lagi, pertikai batal konsert The1975 lepas aksi cium

Ramai suka lawak ‘Barkoba’, isteri dedah perangai sebenar Bell di rumah buat ramai tertipu