Kecik lagi baru jengah dunia dah ibu bapa sumbat otak mereka dengan telefon pintar dan media sosial sedangkan bukan semua ‘content’ pintar sifatnya.
Sentimen rigid dan ekstrem dalam budaya bermasyarakat kita dibimbangi membunuh nilai rahmah, moderate dan bersederhana seperti yang dituntut dalam agama Islam sendiri.
Ikuti tulisan Hafiz Ostmann ini yang elok jadi peringatan termasuk untuk ahli keluarga dan anak-anak supaya terhindar dari perangkap naratif bebal dan merosakkan:
11 AMALAN ELAK AKAL DIPERKUDA
Dalam mendepani cabaran dunia media sosial hari ini yang kian hilang kompas moralnya dengan sejumlah besar anggota masyarakat yang makin hilang aras pertimbangan nilai yang benar, maka haruslah tersemat pada diri kita untuk menjadi individu yang berminda skeptikal dan berdaya fikir analitikal.
Untuk menjadikan diri kita sedemikian rupa maka kita sendiri harus;
1. Tidak mudah terpesona dengan apa juga bentuk materi, kemewahan yang ditayangkan di khalayak umum.
2. Tidak mudah terpesona dengan segala macam kebaikan, ibadat yang beria-ia mahu dipertontonkan, dijadikan bahan tayangan.
3. Tidak mudah terpesona dengan segala jenis gelar pangkat sesama manusia, Tun, Tan Sri, Dato Sri, Dr, Prof, Syeikh itu, Syeikh ini, Al itu, Al ini.
4. Tidak meletakkan kaya miskin pangkat darjat sebagai tingkatan penilaian manusiawi.
5. Tidak mudah terikut-ikut dengan segala trend semasa. Orang tulis “terpaling”, kau pun terhegeh-hegeh terikut tulis “terpaling”.
6. Tidak gentar menentang arus sungguhpun ia berbeza sekiranya apa yang kau pilih itu ternyata absah dan benar.
7. Tidak berkompromi dengan benda-benda bodoh yang tidak mendatangkan hasil lagi bersifat picisan, sia-sia dan senteng akal.
8. Tidak menerima apa saja secara bulat-bulat atas sesuatu yang dijenamakan atas nama Tuhan, Nabi, kitab suci atau Sunnah Rasul kerana banyak sekali orang berdusta atas nama agama.
9. Banyakkan membaca, banyakkan meneroka, tambahkan ilmu pengetahuan baru selain cermat dalam merenung serta memerhati.
10. Elakkan berada dalam perbincangan bodoh berkenaan gosip artis, selebriti dan isu-isu yang tidak mematangkan cara berfikir.
11. Berprinsip, punya harga diri dan sentiasa mencari makna sebenar dalam kehidupan dalam ruang masa yang dikurniakan Tuhan.
Amalkan, mudah-mudahan kau akan jadi lebih “celik” dan tergolong sebagai mereka yang dilindungi daripada terikut-ikut menjadi BANGANG.
Baca:
Ini respon selepas tular ‘screenshot’ NRF & Aliff Aziz, adakah Bella sudah ‘penat’?
‘Kalau you curang i pun boleh’, gelagat sekumpulan anak muda ini mengundang sindiran netizen
Rupanya ini sebab mengapa orang Jepun tidak mahu terima rumah percuma dari kerajaan