Realtime website trackingweb stats

Komen Leona tentang Azhar Sulaiman cetus reaksi netizen, tidak kongsi pandangan sama

Oleh NURAIMAN

Personaliti media sosial dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, telah menyatakan pendiriannya mengenai isu perperangan antara Palestin dan Israel.

Dalam ciapannya di platform X, Leona yang pernah melawat negara bergolak tersebut, yakin bahawa kekejaman terhadap saudara Islam di sana telah berlaku sejak lama.

“Sebagai seseorang yang pernah melawat Palestin dan melihat keadaan di sana dengan mata kepala sendiri, saya amat menyedari kekejaman yang dilakukan Israel dan mengakui bahawa pembunuhan beramai-ramai itu telah bermula sebelum 7 Oktober lagi.”

Oleh itu, gadis berusia 22 tahun ini menjelaskan bahawa dia dan bapanya mempunyai pandangan yang berbeza dan berharap orang ramai tidak menyamakan mereka walaupun mereka mempunyai pertalian darah.

“Pendapat ayah saya tidak mencerminkan pendirian saya dan saya sangat menentang Israel berikutan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.

Komen Leona tentang Azhar Sulaiman cetus reaksi netizen, tidak kongsi pandangan sama

Saya tidak mempunyai pendapat yang sama dengan ayah saya dan gagal memahami cara dia berfikir.

Jadi, jangan menganggap hanya kerana kami mempunyai pertalian darah, kami akan ada pandangan yang sama.”

Pada awalnya, Azhar dikecam dengan teruk setelah mengungkapkan pendapat bahawa selebriti tempatan yang bersuara keras tentang isu boikot seharusnya memindahkan perhatian mereka ke Gaza dan memberikan bantuan kepada mereka yang sedang berjuang di sana.

Dia berpendapat bahawa mereka tidak perlu melakukan boikot jika mereka masih tinggal di Malaysia dan hidup dengan bahagia.

Menurut kajian dari OhBulan! mendapati bahawa aktor berusia 52 tahun itu telah memadam hantaran tersebut selepas menerima kritikan yang banyak.

Untuk makluman, setelah majlis Met Gala 2024 berlangsung pada hari yang sama dengan serangan Israel ke atas Palestin, ramai pengguna media sosial memulakan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

Difahami bahawa gerakan itu juga dilakukan oleh pengguna media sosial di Malaysia.

Baca:

Kepada peminat kereta ‘Type-H’, model baru dilancar hari ini, harga mula RM85,900

Bagus dimakan tapi ramai tak gemar makan, ini cara hilangkan rasa pahit peria, mudah je

Dah 2024 masih ada lagi murid tiada kelengkapan kerusi & meja belajar punca Ketua Pemuda Umno ‘mengamuk’