Realtime website trackingweb stats

“Ingatkan sinki, rupanya…” – Netizen keliru tengok reka bentuk dapur chef ini

Oleh FATIN AQILAH

Untuk masak makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus, biasanya orang menggunakan kuali besar atau periuk kawah, seperti yang kita lihat semasa merewang.

Tetapi adakah anda pernah terfikir bagaimana cara chef hotel memasak?

Sebuah video di TikTok sedang menjadi popular, di mana seorang chef sedang memasak mi goreng dalam kuantiti yang banyak.

Dalam video yang dimuat naik oleh @hasifiothman, dapur yang ditunjukkan dalam video itu sangat kecil, hampir sebesar sebuah sinki.

Bahkan, terdapat sebatang paip untuk memudahkan tukang masak itu menuangkan air semasa memasak.

Ingatkan sinki rupanya Netizen keliru tengok reka bentuk dapur chef ini

Dalam video tu, beliau menunjukkan cara cuci dapur selepas masak.

Video yang chef tersebut kongsikan telah menarik perhatian ramai.

Ramai netizen keliru melihat design dapur dia.

Ada yang kata dapur khas tu tilting pan, jenis dapur yang boleh buat macam-macam, masak, goreng, bakar, rebus, dan kukus.

Tilting pan ni selalu guna kat hotel atau restoran besar untuk masak banyak-banyak.

Harga dia pun mahal gila, boleh cecah puluhan ribu ringgit.

Perkongsian video tu menarik minat mak-mak di rumah sebab nampak senang nak masak kat dapur untuk keluarga.

@hasifiothman

Tak ada ke open house weekdays 🤔 #FriedMeehoonSiam #TheRealChefLife

♬ bunyi asal – Sis_Azlina78 – Sis_Azlina78🇵🇸🍉

Baca:

Ini gaji anda kalau kerja di Dubai, patutlah air kosong pun RM50

‘Ini Malaysia… Perdana Menteri pun boleh masuk penjara’, lain macam buah tangan Syafiq Yusof

Dua sebab ini jadi punca penuntut Cina berjaya tamatkan kursus komando, moga jadi inspirasi buat yang lain