Dua sebab ini jadi punca penuntut Cina berjaya tamatkan kursus komando, moga jadi inspirasi buat yang lain

Oleh SHAZLIN AZIZ

Leftenan Muda Chan Ming Youn telah membuat ibu bapa beliau sangat berbangga apabila beliau berjaya menamatkan kursus komando baru-baru ini.

Lebih mengagumkan, Chan, daripada Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD), menjadi penuntut berketurunan Cina tunggal yang menamatkan Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang pada 28 Apr 2024.

Apabila Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) dan Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah, bertanya mengapa dia tertarik untuk menyertai pasukan komando, Chan Ming Youn menjawab bahawa dia mempunyai minat yang mendalam dan ingin berkhidmat kepada negara tercinta.

Dua sebab ini jadi punca penuntut Cina berjaya tamatkan kursus komando moga jadi inspirasi buat yang lain

Mejar Jenera Adi Ridzwan juga mencadangkan agar Chan mengikuti temuduga untuk jawatan dalam pasukan komando pada masa akan datang.

Maklumat ini dikongsi oleh laman Facebook rasmi Berita Tentera Darat Malaysia.

“Lt M Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD).

“Chan menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan yang telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan.”

Chan Min Young yang merupakan seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan berkata:

“Saya berasa dari Kuala Lumpur, berusia 25 tahun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Sebenarnya saya anggota 515 wataniah.”

“Saya sebelum ini tiada sebarang pengetahuan sekalipun tentang komando.”

“Ketika saya mula berkhidmat dalam 515 wataniah, itulah pertama kalinya saya melangkah ke dalam dunia ketenteraan ini. Saya mendapat sedikit ilmu dan pengalaman serta pengetahuan tentang dunia ketenteraan.”

“Kemudian saya diperkenalkan kepada dunia komando. Jadi saya cabar diri saya untuk masuk komando, walaupun saya asalnya seorang anggota wataniah, saya pun boleh jadi seorang komando.”

Chan bertekad untuk terus berkhidmat dalam komando dan menambah lebih pengetahuan dan kepakarannya.

Dia ingin menyertai lebih banyak kursus selepas ini.

Akhir sekali, dia berharap agar dapat menjadi seorang komando yang berkualiti yang sentiasa menjaga nama baik negara dan seorang gelaran komando sehingga akhir hayatnya.

@raden_sembara

Lt M Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan yang telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah #army #tenteradarat#komando #ggk#gerupgerakkhas

♬ bunyi asal – Raden Sembara – Raden Sembara

Baca:

Terkejut rupanya paling kurang 233 pasangan kahwin di selatan Thailand sebulan, ini risiko tak buat pengesahan nikah

Terungkai dah ‘misteri’ dalam hidup, ini cara mudah elak hos atau kabel berbelit

Nak datang ‘mood’ kemas rumah boleh ikuti formula ini, kongsi dengan pasangan, baru lapang rumah