‘Ini Malaysia… Perdana Menteri pun boleh masuk penjara’, lain macam buah tangan Syafiq Yusof

Oleh ARIF ABDULLAH

Dialog ‘Ini Malaysia… Perdana Menteri pun boleh masuk penjara’ yang terkandung dalam filem ‘Sheriff’ muncul sohor kini.

Buah tangan Syafiq Yusof yang merupakan adik Syamsul itu memang lain macam apabila sudah meraih kutipan mencecah RM31 juta sepanjang tayangan.

Rekod filem bertemakan aksi thriller itu sekali gus muncul sebagai filem nombor satu di Malaysia mengatasi filem antarabangsa lain!

Malah, Sheriff telah meletakkan satu tanda aras baharu untuk dunia perfileman tanah air terutamanya karya-karya bercorak kepolisan yang tidak lagi ‘takut-takut’ untuk mengheret sisi gelap tentang polis.

Sheriff dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

'Ini Malaysia... Perdana Menteri pun boleh masuk penjara', lain macam buah tangan Syafiq Yusof

Zul Ariffin memegang watak Sheriff manakala Syafiq Kyle sebagai Inspektor Nazri iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik.

Dia merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit lakonan Aaron Aziz semakin berleluasa.

Pegawai polis berkenaan berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff dari jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’.

Dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Mereka berdepan duri dalam daging dunia kepolisan yang bersekongkol dengan tokan dadah terbesar, Tony Ifrit

Orang ramai rata-ratanya menyambut baik filem yang tampil dengan tema yang mengetegahkan isu politik dan rasuah.

Ada yang berpendapat sudah tiba masa filem Malaysia berani mengkritik kepincangan sistem seperti karyawan filem Tamil dan Korea Selatan yang secara terang terangan mengkritik sikap segelintir pegawai yang bersekongkol dengan penjenayah.

Dalam masa sama, ada yang mengaku terhibur dengan babak lucu yang turut menghiasi filem banyak plot twist atau pusingan plot itu.

Antara babak yang jadi bualan warganet ialah ‘part’ ubat migrain dan Hazama dengan stereng kereta hilang.

@xdm_editzz

DAMN CAN’T WAIT THIS MOVIE🔛🔝#zulariffin #sheriff #fyp #fypシ゚viral #fypage #viral #fypシ #malaysiamovie #edit

♬ bunyi asal – xdm_ediz – xdm_ediz

Baca:

Terkejut rupanya paling kurang 233 pasangan kahwin di selatan Thailand sebulan, ini risiko tak buat pengesahan nikah

Terungkai dah ‘misteri’ dalam hidup, ini cara mudah elak hos atau kabel berbelit

Nak datang ‘mood’ kemas rumah boleh ikuti formula ini, kongsi dengan pasangan, baru lapang rumah