Realtime website trackingweb stats

Mahu tampil bersemuka, Ruhainies sedia mohon maaf setulus hati?

Oleh NUR KASIH

Pelakon yang sedang sensasi, Ruhainies, akhirnya memutuskan untuk bertemu dengan seorang pelakon dan penyanyi, Bella Astillah untuk menyelesaikan masalah antara mereka.

Melalui satu kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram Story (IGs), Ruhainies dengan jujur meminta maaf kepada Bella dan semua yang terlibat dalam kontroversi antara dia dan Aliff Aziz.

“Dengan penuh rendah diri, saya ingin memohon maaf kepada Bella Astillah atas segala apa yang terjadi. Saya juga ingin bertemu dengan anda bagi menjernihkan keadaan.”

“Saya juga mahu menutup buku, lupakan apa yang berlaku dan kembali gembira,” katanya.

Kata Ruhainies, dia berdiam diri selama ini kerana tidak mahu kes tersebut semakin berpanjangan.

Mahu tampil bersemuka Ruhainies sedia mohon maaf setulus hati

“Saya memilih berdiam diri bukan untuk mengiya atau menidakkan, tetapi atas niat mengelakkan sebarang pertelingkahan dalam media sosial, sekali gus memanjangkan isu tersebut.”

“Saya juga ingin memohon maaf pada semua pihak yang terkesan dengan segala berlaku,” menurutnya.

Sementara itu, Ruhainies juga ingin berjumpa dengan perempuan yang didakwa sebagai kekasih gelap Aliff Aziz, yang dikenali sebagai Sarah Yasmine, untuk tujuan yang sama.

“Saya juga dengan penuh keikhlasan ingin menjemput Sarah Yasmine bersama menyertai pertemuan kami bagi mengakhiri segala kemelut yang berlaku.”

“Saya berharap Bella dan Sarah memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka,” tulisnya lagi.

Sejak semalam, perbualan yang mesra di WhatsApp antara dua selebriti popular, Aliff Aziz dan Ruhainies, semakin menjadi tumpuan di media sosial.

Salah satu mesej yang telah didedahkan oleh seorang wanita yang dikatakan kekasih gelap Aliff, iaitu Sarah Yasmine, menunjukkan Ruhainies seperti cuba mempengaruhi Aliff untuk membenci Bella Astillah.

Dalam perbualan di WhatsApp tersebut, Ruhainies juga mengingatkan semula insiden di mana Aliff telah ditinggalkan oleh Bella pada tahun 2019 disebabkan oleh perbuatan curangnya.

Malah, banyak isu panas telah dibongkarkan, antaranya Ruhainies menyebut nama pelakon, Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong didakwa mengkritik Bella Astillah.

Sebelum ini, Sarah mengaku bahawa dia sudah bercinta dan ‘menjaga’ Aliff sejak bulan Januari yang lepas.

Sebelum ini, kontroversi antara Ruhainies dan Aliff berlaku selepas mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac yang lepas di sebuah kondominium mewah milik aktres ini.

Berkaitan dengan konflik tersebut, Bella telah memfailkan permohonan cerai pada 11 Mac yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Baca:

Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?

Ini respon selepas tular ‘screenshot’ NRF & Aliff Aziz, adakah Bella sudah ‘penat’?

‘Kalau you curang i pun boleh’, gelagat sekumpulan anak muda ini mengundang sindiran netizen