Realtime website trackingweb stats

Barang tak rosak pun, ‘pomen’ nasihat video ini wajib kongsi dengan anak bini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang ‘pomen’ menasihatkan pemilik kereta agar berhati-hati dengan helah segelintir kedai tayar yang mendakwa ada yang rosak padahal tidak.

Terdapat pihak bengkel yang sengaja lekat batu balancing dekat mesin atau di bahagian tengah dalam rim.

Mekanik berkenaan menunjukkan demonstrasi bagaimana sebuah rim nampak bengkok selepas dilekat dengan objek tersebut pada tempat test rim itu.

Namun, apabila pelekat tersebut ditanggalkan elok saja putaran rim itu tidak gelong seperti sebelumnya.

“Selalu berhatilah-hatilah, pesan pada adik beradik dan ahli keluarga kita.

Barang tak rosak pun, 'pomen' nasihat video ini wajib kongsi dengan anak bini

“Bila lekat , bila pusing dia akan gelong. Barang tak rosak pun, tak gelong pun.

“Simpan video, tunjuk kat anak bini, senang. Kadang-kadang kita ni mudah terperdaya.

“Jangan mudah terperdaya dengan helah perniagaan. Berhati-hatilah,” nasihatnya lagi.

Menerusi video dikongsi di TikTok oleh faizmansor yang meraih lebih 82,000 tanda suka itu, rata-rata netizen berterima kasih dengan mesej kesedaran yang disampaikan.

“Terima kasih bang. Harap lepas ni, kedai abang orang datang berpusu-pusu.

“Peniaga macam ni saya doakan semoga bertambah maju dan kedai boleh buka banyak cawangan seluruh Malaysia,” demikian antara komentar netizen.

Ada juga warganet memberitahu dia akan suruh pomen buka balik dan periksa sama ada terdapat tampalan objek yang menyebabkan rim nampak gelong.

“Saya pernah kerja kedai tayar, memang betul kalau buat macam ni jadi nampak bengkok rim. Alhamdulillah, tak pernah buat macam ni dekat pelanggan yang datang.

“Saya dah kena baru-baru ni, dia suruh balancing tayar. Dia cakap rim gelong. Sebelum ni saya memandu dah beberapa tahun, tak rasa apa-apa pun pada stereng gegar ke apa bila bawa laju,” tulis warga maya lagi.

@faizmansor7027

jom bagi viral kita kongsi sikit#fyprimmmmpaduhrga#bagiviral #fypviral #fypシ #fypシ゚viral #fypシ

♬ bunyi asal – faizmansor – faizmansor

Baca:

Dek terlalu panik, individu ini tertekan sesuatu semasa pengebumian salah seorang anggota nahas TLDM

Rebah di bawah pokok rambai, ini bukti bahaya berlindung di bawah pohon semasa hujan lebat dan ribut petir

Aksi mesra dan cium tersebar, nama Rossa Sera kembali dipetik?