Semasa upacara pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli dari Skuadron 503 TLDM di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, seorang pemandu kereta telah menekan honnya dengan kuat, sehingga mencetuskan kekecohan.
Pegawai Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, menyatakan bahawa mereka telah menerima laporan tentang insiden itu daripada seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga pemandu kereta pada tengah malam tadi.
“Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.45 malam itu berlaku ketika mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Muhammad Firdaus dibawa dengan penuh istiadat ke tanah perkuburan Islam berhampiran masjid.
“Pengadu yang sedang memandu kereta di hadapan masjid berkenaan telah terlanggar sebuah motosikal di bahagian kanan kereta,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, video yang viral di media sosial berkaitan dengan kejadian itu menyebabkan ramai orang mendakwa pemandu yang terlibat tidak sabar dan tidak menghormati proses pengebumian pegawai TLDM tersebut.
Razlam berkata, si pengadu jadi gementar bila keretanya dikelilingi oleh ramai orang dan dia terpaksa menekan hon dengan kuat.
Walau bagaimanapun, dia menambah, kekecohan itu berjaya diselesaikan oleh polis dan TLDM yang berada di situ, dan kereta pengadu mengalami sedikit kerosakan.
“Untuk makluman, semasa kejadian tersebut berlaku, sedang berlangsungnya upacara pengebumian Pegawai memerintah Squadron 503 TLDM di Masjid Jamek Sungai Nibong dan pengadu mengaku bahawa beliau tidak tahu tentang upacara tersebut serta secara tidak sengaja telah tertekan hon,” ujarnya
Menurut Razlam, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana didakwa terlibat dalam tindakan pengkhianatan.
@malaysiagazette Pemandu kereta tertekan hon akibat panik dikerumuni orang ramai semasa upacara pengekebumian Komander Muhammad Firdaus – Polis Video: Sosial Media #malaysiagazette #TLDM #nahashelikopterTLDM
Baca:
Aksi mesra dan cium tersebar, nama Rossa Sera kembali dipetik?
Didakwa bawa kereta secara haram, Aliff Aziz tiada lesen memandu?