Realtime website trackingweb stats

Pokok bunga siapa dia tolong siramkan? Ini sebabnya geng ekstremis mohon ke tepi

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Tular gambar seorang lelaki India menolong siram pokok bunga jirannya yang pulang beraya di kampung.

“Jiran saya saudara Melayu dan dia pulang ke kampung di Johor sambut raya. Saya tolong dia jaga rumah dan siram pokok bunga.

“Inilah cara orang Malaysia hidup aman dan damai antara kita, jangan kacau kami dan porak perandakan negara ini,” kata Yuvaraj Krishna menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

Perkongsian gambar di media sosial itu meraih pujian orang ramai dengan lebih 260 perkongsian dan 17,600 tanda suka setakat 15 April.

“Jiran saya Cina. Dia yang tolong jagakan pokok-pokok kat rumah saya. Tolong siram, trim, susun. Kadang-kadang kami bertukar-tukar tanaman. Nak, ambil je. Tak payah minta izin dah.

Pokok bunga siapa dia tolong siramkan Ini sebabnya geng ekstremis mohon ke tepi

“Terbaik, saya suka rakyat Malaysia harmoni begini.

“Saya pun pernah berjiran bangsa India. Kalau hari hujan, saya tak ada di rumah dia tolong angkatkan kain. Kalau hari Deepavali, macam-macam makanan dia beri.

“Kalau Hari Raya, saya akan bagi dia ketupat, rendang ayam. Memang dia jiran yang sangat baik,” demikian komentar warga maya.

Sementara itu, Gobu Vannimuthu berpendapat apabila rakyat mula kongsi perkara baik secara automatik menyuburkan perpaduan antara kaum.

“Cuma satu permintaan kepada semua janganlah share atau layan sebarang cerita porak peranda.

“Bila kita mula membuat demikian secara automatik mereka juga akan berhenti disebabkan tidak layanan oleh rakyat. Terima Kasih,” tulis Gobu lagi.

Baca:

Mengejutkan lirik lagu ‘Cari-Cari Salah’, bikin panas golongan penunggang agama

Gempar! Belum reda dengan Ruhainies, wanita ini pula dedah kronologi cinta dengan Aliff Aziz

Budak lain tengok kartun dalam YouTube, dia layan kisah hidup jutawan dan bilionaire