Walaupun saiznya kecil, cicak bukanlah binatang yang tidak berbahaya.
Faktanya, kehadiran cicak di rumah boleh membuatkan kita merasa tidak selesa dan menyebabkan keadaan rumah menjadi kotor dengan najis cicak.
Ramai yang cuba pelbagai cara untuk mengusir cicak dari rumah, tetapi kebanyakan tidak berkesan.
Bagaimana kalau kita cuba kaedah yang telah digunakan oleh Affaziah dan dikongsikan di laman Facebooknya.
Beliau hanya menggunakan dua perkara sahaja dalam perangkap cicaknya, tetapi hasilnya memang memuaskan.
CARA MENANGKAP CICAK DENGAN HANYA MENGGUNAKAN DUA BENDA, SERIBU CICAK AKAN HILANG!
Maaf jika gambar ini agak menjijikkan, saya ingin berkongsi tips ringkas dan murah untuk mengawal populasi cicak.
Gambar di bawah ini menunjukkan apa yang saya temui di rumah kampung saya setelah ditinggalkan selama 3 minggu.
Pertama kali mencuba, saya berjaya menangkap 54 ekor cicak! Bayangkan betapa banyaknya.
Sebuah keluarga cicak boleh menghasilkan jumlah yang banyak. Tetapi, cara untuk menguruskan masalah ini adalah sangat mudah.
Cara-cara melakukannya:
– Hanya perlukan gunting dan selotip plastik. Kemudian, tampal dengan rata di sepanjang laluan cicak.
– Pastikan hanya hujung selotip yang ditempel dan putar bahagian yang berisi gam ke atas. Tampal hanya hujung dengan hujung di lantai.
Senang bukan? Selepas ini, tidak akan ada lagi masalah dengan cicak di rumah. Jadi, cubalah!
Sumber: Ct Affaziah
Baca:
Dah tak kena tipu lagi, KKM buat garis panduan kenali iklan produk makanan tak sihat
Makanan sahur yang mengenyangkan, tahan sampai berbuka
“Ini mungkin yang terbaik untuk Aliff & saya” – Bella Astillah nekad cerai