Realtime website trackingweb stats

Hari Jadi tahun ini yang sedih buat Bella, rupanya ini situasi dua anaknya selepas Aliff kena cekup JAWI

Oleh ABDULLAH HAMID

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 30, mengakui hari ulang tahun kelahirannya pada 15 Mac ini adalah yang menyedihkan buatnya.

“Jumaat ini (15 Mac) hari jadi saya. Sedih, tapi saya anggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya,” katanya, lapor Harian Metro.

Bella sudah pun membuat keputusan untuk bercerai dengan suaminya, pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 33, ekoran selepas kena cekup JAWI baru-baru ini.

Hari Jadi tahun ini yang sedih buat Bella, rupanya ini situasi dua anaknya selepas Aliff kena cekup JAWI

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia mengharapkan Aliff dapat berpisah secara baik dan memperbaiki diri masing-masing ke arah kebaikan.

“Saya cuma berharap perkara ini berlalu dengan cepat dan sama-sama menjalani hidup masing-masing.

“Semoga dengan apa yang terjadi, dapat perbaiki diri masing-masing. Ini juga pesanan untuk diri sendiri juga,” ujarnya.

Ditanya mengenai dua anaknya, Bella berkata, mereka tidak tahu mengenai perkara itu.

“Mereka tidak tahu apa-apa sebab saya selalu bagi alasan ayah mereka kerja dan mereka pun tak main telefon.

“Ayden bersekolah di sekolah Cina, jadi dia tak dengar apa-apa berita.

“Saya cakap pada Aliff dia sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya takkan tetapkan apa-apa syarat.

“Belum masanya untuk cerita pada anak-anak sebab anak kedua baru empat tahun, dia tidak faham situasi.

“Anak sulung pun saya tak nak beritahu sebab dia baru dua hari sekolah. Bella rapat dengan dia jadi dia tidak bertanya,” kata Bella.

Terdahulu, Bella tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 12.27 tengah hari, ditemani ibunya, Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah.

Namun, Aliff yang dulunya popular dengan lagu ‘Sayang Sayang’ tidak hadir.

Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 tetapi mereka rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.

Baca:

Dah tak kena tipu lagi, KKM buat garis panduan kenali iklan produk makanan tak sihat

Makanan sahur yang mengenyangkan, tahan sampai berbuka

“Ini mungkin yang terbaik untuk Aliff & saya” – Bella Astillah nekad cerai