Realtime website trackingweb stats

Razan Al-Najar gadis Palestin jadi ketakutan Zionis Israel

Oleh ABDULLAH HAMID

Kenal tak dengan nama Razan Al-Najjar?

Agak-agak, pernah dengar tak nama ni?

Kalau nak tahu, inilah nama yang pernah mencetuskan kemarahan dunia dan pejuang Palestin pada 1 Jun 2018.

Nak tau kisah seorang syahida ini?

Razan Ashraf Abdul Qadir Al-Najjar adalah seorang gadis yang berjiwa besar.

Mana taknya, di saat ramai pemudi sebayanya yang menyibukkan diri dengan dunia, Razan telah menabur khidmat bakti sebagai seorang sukarelawan paramedik di Hospital Nasser, Khan Younis.

Merupakan anak pertama daripada 6 adik-beradik, Razan Al-Najjar membesar di dalam kancah peperangan.

Iaitu peperangan yang berlaku pada tahun 2008-2009, operasi pertahan pada tahun 2012 dan seterusnya pada tahun 2014, iaitu ketika peperangan 7 minggu di antara Israel dan Gaza.

Dalam tahun 2014, peperangan telah menghancurkan kawasan sekeliling rumah Razan Al-Najjar.

Namun, semangat Razan untuk membantu bangsanya tidak pernah pudar. Seperti banyak rakyat Palestin lain, dia tidak dapat meneruskan pendidikannya.

Oleh itu, dia memutuskan untuk mengikuti kursus kaligrafi dan kemudian melatih diri dalam bidang kejururawatan. Akhirnya, dia menjadi seorang sukarelawan paramedik.

Jadi, apa yang berlaku pada 1 Jun 2018?

Peristiwa ini berlaku semasa demonstrasi di sempadan antara Gaza dan Israel.

Pada masa itu, umat Islam sedang merayakan bulan Ramadan yang mulia.

Keadaan semakin teruk dengan bertambahnya bilangan orang yang terluka akibat pertembungan dengan tentera Zionis.

Namun, seorang wanita bernama Razan tidak pernah berputus asa untuk membantu yang terluka bersama pasukannya.

Adalah menarik bahawa ibunya mengatakan anaknya selalu meninggalkan rumah pada jam 7 pagi dan pulang pada jam 8 malam.

Tubuhnya akan penuh dengan darah dan kesan dari mangsa yang telah dia bantu.

Sehingga akhir hayatnya, Razan Al-Najjar menjadi ikon di kalangan penduduk Gaza. Banyak media sosial memaparkan gambar-gambarnya semasa menjalankan tugasnya.

Ketulusan Razan dalam berkhidmat untuk bangsanya dan negaranya, Palestin, sangat mengagumkan. Malah, beberapa bulan sebelum 1 Jun 2018, Razan telah menyedari bahawa dia menjadi sasaran tentera Zionis.

Dia telah memberitahu Al-Jazeera bahawa mereka telah menembak ke arahnya berkali-kali, cuba menghalangnya daripada membantu yang terluka.

Namun, Razan tak pernah takut dan gentar dengan si Zionis laknatullah.

Bahkan, jiwanya semakin membara dan bersemangat untuk membantu bangsanya sendiri.

Hinggalah ke tarikh keramat 1 Jun 2018, di mana akhirnya Razan Al-Najjar telah dijemput pulang ke rahmat Allah.

Ya, Razan akhirnya syahid pada 1 Jun 2018 setelah ditembak dengan kejam oleh si Zionis.

Kejadian ini berlaku pada Jumaat ketiga di bulan Ramadhan, di mana 3,000 rakyat Palestin sedang melawan penjajahan Zionis.

Razan seperti biasa turut hadir bertugas membantu mereka yg cedera.

Syahida itu memakai pakaian lengkap seorang paramedik ketika itu.

Siap dengan sarung tangan pembedahan bagi menunjukkan yang dia bukanlah salah seorang demonstran.

Dia adalah seorang paramedik yang sepatutnya “tak boleh disentuh”.

Ketika itu, Razan bergegas menyelamatkan seorang lelaki yang diserang dengan gas pemedih mata.

Jarak mereka dengan sempadan Israel lebih kurang 20 meter.

Ada yg mengatakan jarak mereka sejauh 100 meter.

Tiba-tiba, 3 das tembakan kedengaran.

3 das tembakan!

Maka, syahidlah seorang gadis muda yang baru sahaja berusia 20 tahun.

Ya, 20 tahun!

Seorang sukarelawan paramedik yang sepatutnya tidak boleh diapa-apakan.

Tetapi, si Zionis laknatullah membuktikan merekalah bangsa paling kejam sekali di atas muka bumi ini.

Susulan kesyahidannya, si tentera Zionis telah cuba membela diri dengan mengatakan mereka tidak pernah menyasarkan Razan Al-Najjar.

Kemudian, timbul pula kononnya sebuah video yang mengatakan Razan adalah perisai manusia pihak Hamas.

Padahal, setelah disiasat, video itu adalah suntingan pihak Z10nis daripada sebuah temubual Razan dengan satu rangkaian televisyen Lubnan.

“I’m here on the line being a protective human shield saving the injured.”

Tapi apa yang si Zionis zalim ini buat?

Memutar belit cerita!

Begitulah kisah seorang syahida yang telah kembali ke rahmat Ilahi 5 tahun lalu.

Jom kita renungkan.

Bandingkan dengan diri kita.

Adakah kita mampu sekuat dan setabah Razan Al-Najjar?

Atau kita masih lemah dalam memperjuangkan hak-hak yang sepatutnya?

Serangan yang dilancarkan oleh pihak Zionis kepada Palestin sejak Oktober lalu telah menyentuh hati saya.

Banyak kanak-kanak dan wanita yang telah kehilangan nyawa akibat serangan pihak Zionis yang dilaknat itu.

Baca:

Ramai kagum tengok Elfira Loy meneran sambil tersenyum, siap dedah petua bidan

Jangan pandang remeh risiko penyakit buah pinggang, doktor ini kongsi 3 minuman ajaib patut amal

Doktor kongsi 4 perangai ‘mat saleh’ yang tak patut ikut, fakta nombor tiga tu ada logiknya